awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengutip kotak maut terperosok di bawah MPV

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/05/2020
11:58 MYT
Pengutip kotak maut terperosok di bawah MPV
Akibat rempuhan itu mangsa terperosok dan terseret sejauh 10 meter. - Foto ihsan polis
Seorang warga emas maut selepas terperosok di bawah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam satu kejadian kemalangan di Sungai Petani pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 di Kilometer 56 Jalan Alor Setar - Butterworth berhadapan sebuah pasar raya.
Katanya, ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengutip kotak berusia 77 tahun itu sedang mengayuh basikal di laluan kiri jalan.
Adzli berkata, mangsa telah melintas dengan tiba-tiba dan kenderaan MPV yang datang dari arah yang sama tidak sempat menekan brek lalu merempuh basikal yang ditunggangi mangsa.
Akibat rempuhan itu mangsa terperosok dan terseret sejauh 10 meter.
Menurut Adzli, mangsa maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala, tangan kiri dan kanan serta patah tulang rusuk.
Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Hospital Sultan Abdul Halim
#kenderaan pelbagai guna
#MPV
#pengutip kotak
#Polis Daerah Kuala Muda
#Sungai Petani
#terperosok
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan