awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga buah ditahan acu pisau kepada penguatkuasa MBAS

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/02/2020
16:19 MYT
Peniaga buah ditahan acu pisau kepada penguatkuasa MBAS
Ketika mahu menyerahkan notis dan melakukan sitaan, peniaga berkenaan berrtindak di luar dugaan dengan mengacukan pisau ke arah pegawai bertugas.
Seorang peniaga buah naik berang dan bertindak mengacukan pisau kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang datang untuk menyerahkan notis pembatalan lesen perniagaannya.
Bagaimanapun tindakan peniaga di sebuah gerai Pasar Teluk Wanjah, Alor Setar itu mengundang padah apabila dia akhirnya ditahan polis.
Selain lesen peniagaan itu dibatalkan peniaga berkenaan turut disenarai hitam kerana melanggar syarat berniaga sebelum ini.
Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan MBAS, Ahmad Syaher Abu Bakar berkata, peniaga terbabit pernah diberi dua kali notis arahan tetapi masih engkar dengan arahan yang diberikan.
Namun ketika mahu menyerahkan notis dan melakukan sitaan, peniaga berkenaan berrtindak di luar dugaan dengan mengacukan pisau ke arah pegawai bertugas.
Pihak MBAS kemudiannya terpaksa menangguhkan urusan tersebut sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, suspek telah ditahan untuk membantu siasatan selepas pihaknya menerima laporan polis dari pihak MBAS berhubung kejadian itu.
Suspek direman empat hari bermula Ahad untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Topic Berkaitan
#acu pisau
#Majlis Bandaraya Alor Setar
#MBAS
#Pasar Teluk Wanjah
#penguatkuasa MBAS
#peniaga buah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan