awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga dan pekerja di Pasar Borong KL kini berpakaian seragam

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
10/07/2020
04:45 MYT
Peniaga dan pekerja di Pasar Borong KL kini  berpakaian seragam
Menurut Hamzah Dolmat, usaha itu bagi mewujudkan suasana dalam pasar lebih kemas dan teratur, selain mudah untuk mengenal pasti kedudukan pekerja dan peniaga. - Foto Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
Tahap pematuhan pelaksanaan pakaian seragam membabitkan peniaga dan pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur mencapai tahap 95 peratus.
Penolong Pengurus Kanan, Konsortium Pasar Borong Sdn. Bhd. (KPB), Hamzah Dolmat Azhari berkata, pencapaian itu menunjukkan semua pihak menzahirkan kerjasama bagi menjayakan kelaziman baharu susulan pandemik COVID-19.
Katanya, langkah itu bagi mewujudkan suasana dalam pasar yang lebih bersih, kemas dan teratur, selain mudah untuk mengenal pasti kedudukan pekerja dan peniaga.
Hamzah Dolmat Azhari berkata, pencapaian itu menunjukkan semua pihak menzahirkan kerjasama bagi menjayakan kelaziman baharu susulan pandemik COVID-19. - Foto Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
Hamzah Dolmat Azhari berkata, pencapaian itu menunjukkan semua pihak menzahirkan kerjasama bagi menjayakan kelaziman baharu susulan pandemik COVID-19. - Foto Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
"Pada hari ini bermula normal baharu penguatkuasaan pakaian seragam bagi peniaga dan pekerja pasar borong ini mengikut warna dan sektor tertentu.
Hamzah Dolmat, usaha itu bagi mewujudkan suasana dalam pasar lebih kemas dan teratur, selain mudah untuk mengenal pasti kedudukan pekerja dan peniaga.
Baju warna merah dikhaskan kepada semua peniaga dan pekerja dalam sektor buah-buahan. - Foto Astro AWANI/ Fauzi Suhaimi
"Selain ianya untuk menampakkan pasar ini lebih menarik, pengenalan warna ini juga dapat mengelak mereka yang tidak berkaitan berada di dalam kawasan yang tidak sepatutnya," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Jumaat.
Terdahulu beliau bersama Pengurus KPB, Azli Din melakukan tinjauan penguatkuasaan di sekitar pasar berkenaan.
Bermula hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguatkuasa penyeragaman baju mengikut warna membabitkan warna hijau bagi peniaga dan pekerja sayur, merah (buah), biru (ikan) manakala kuning untuk pekerja pemunggahan di pasar itu.
Baju berwarna kuning pula mewakili semua pekerja pemunggahan barangan dalam kesemua sektor. - Foto Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
Baju berwarna kuning pula mewakili semua pekerja pemunggahan barangan dalam kesemua sektor. - Foto Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
Sementara itu, seorang peniaga buah-buahan, Ng Cheong Huat memberitahu, langkah yang diambil DBKL amat bertepatan kerana diyakini mampu mengawal keadaan dalam pasar selain mudah untuk dikesan sekiranya wujud jangkitan COVID-19.
"Usaha ini amat perlu dan bagus kerana keadaan pasar dilihat jauh berbeza berbanding sebelum ini. Ianya lebih kemas, menarik dan tersusun," katanya.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#buah buahan
#COVID-19
#DBKL
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#pakaian seragam
#pandemik
#Pasar Borong Kuala Lumpur
#peniaga
#sayur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan