Golongan peniaga dibenarkan menganjurkan aktiviti jualan murah tanpa had bilangan kuota mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata ia berikutan pewartaan pindaan Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan) 2019.
Sebelum ini, katanya, peraturan tersebut menetapkan had kuota penganjuran jualan murah adalah sebanyak empat kali setahun iaitu tiga daripadanya adalah berdasarkan tempoh dan tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan manakala satu lagi tarikh jualan murah dipilih oleh peniaga.
"Pindaan peraturan ini bertujuan menjadikan penguatkuasaan berkaitan jualan murah menjadi lebih relevan mengikut perkembangan perdagangan semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iskandar berkata penambahbaikan juga telah dibuat ke atas sistem notis jualan murah agar peniaga tidak lagi perlu menunggu kelulusan daripada KPDNHEP dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan nombor notis jualan murah.
"Nombor notis jualan murah tersebut akan diberi secara automatik sebaik sahaja permohonan notis ini telah dilengkapkan oleh peniaga di dalam sistem permohonan notis jualan murah secara dalam talian," katanya.
Iskandar berkata KPDNHEP juga bersetuju memendekkan tempoh untuk mengemukakan permohonan jualan murah daripada 14 hari kepada satu hari sahaja sebelum peniaga mengadakan jualan murah bagi menyokong kreativiti dan strategi pasaran peniaga.
"Melalui pindaan ini, peniaga tiada lagi alasan untuk tidak memohon notis jualan murah kerana mereka boleh memohon dalam tempoh satu hari sebelum tarikh untuk mengadakan jualan murah," katanya.
Iskandar dalam pada itu berkata KPDNHEP bukan sahaja mengambil kira pandangan pihak industri dalam membuat sesuatu dasar tetapi juga mempertimbang keperluan untuk melindungi hak pengguna.
Menurutnya, peruntukan sedia ada dalam peraturan dikekalkan bagi melindungi pengguna, di samping mewujudkan kesalahan sekiranya peniaga membuat pernyataan palsu atau mengelirukan dalam penawaran dan iklan jualan murah.
"Ia bagi menjamin aktiviti perniagaan jualan murah yang diadakan adalah beretika kerana terdapatnya aduan yang diterima bahawa iklan jualan murah yang dipaparkan tidak mencerminkan harga sebenar barangan yang diberi potongan harga jualan murah," katanya.
Iskandar berkata KPDNHEP juga telah membangunkan aplikasi telefon pintar iaitu MySales Tracker bagi memberi kemudahan kepada pengguna membuat semakan aktiviti jualan murah yang berlangsung di sekitar kawasan mereka.
Melalui aplikasi itu, pengguna boleh membuat carian pantas berkaitan jualan murah berdasarkan jenama atau premis, dan boleh juga membuat aduan sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang menjalankan aktiviti jualan murah secara palsu atau mengelirukan.
Beliau berkata penambahbaikan peraturan jualan murah itu yang dilihat lebih mesra peniaga tanpa mengabaikan aspek perlindungan pengguna akan meningkatkan daya saing dalam penawaran harga jualan murah yang akan secara langsung membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 03 2020
KPDNHEP juga telah membangunkan aplikasi telefon pintar iaitu MySales Tracker bagi memberi kemudahan kepada pengguna membuat semakan aktiviti jualan murah. -Gambar hiasan
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Peniaga dibenar anjur jualan murah tanpa had kuota - KPDNHEP
Ia berikutan pewartaan pindaan Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan) 2019.
Jualan murah boleh diadakan bila-bila masa bermula tahun depan
Bermula 2 Jan 2020, para peniaga boleh mengadakan jualan murah pada bila-bila masa dan ia tidak lagi terhad kepada empat kali setahun, seperti sebelum ini.