awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga pasar malam mohon dibenar beroperasi, akan patuhi SOP

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
03/06/2020
12:46 MYT
Peniaga pasar malam mohon dibenar beroperasi, akan patuhi SOP
Keluhan sebegitu banyak disuarakan ahlinya yang mendesak supaya kerajaan memberi perhatian terhadap peniaga yang terjejas teruk kerana tidak dapat beroperasi seperti biasa. - Gambar BERNAMA
Peniaga pasar malam memohon kerajaan membenarkan mereka beroperasi semula memandangkan pendapatan mereka terjejas teruk sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sekarang.
Yang Dipertua Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil Melayu Pasar Malam Bergerak Bahagian Kinta, Jaafar Uthman berkata, mereka akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sekiranya dibenarkan beroperasi kelak.
Menurutnya, disebabkan normal baharu, ada ahlinya cuba berniaga secara atas talian namun pendapatan mereka tidak begitu memberangsangkan.
“Kalau kerajaan boleh bantu dengan memberi dana, kita bersyukur tapi sementara bantuan belum sampai, saya sebagai wakil, masalah ini sama saja bagi peniaga pasar malam.
“Kita minta buka semula pasar malam. Kita akan ikut SOP yang kerajaan tetapkan, janji kami boleh beroperasi semula,” katanya kepada Astro AWANI.
Menurutnya, keluhan sebegitu banyak disuarakan ahlinya yang mendesak supaya kerajaan memberi perhatian terhadap peniaga yang terjejas teruk kerana tidak dapat beroperasi seperti biasa.
“Setiap peniaga mempunyai pekerja antara seorang hingga ke tiga orang, itu pun di bawah tanggungan kami. Kami kena bantu mereka. Biasanya mereka yang berniaga ini memang 100 peratus pendapatan melalui penjualan di pasar malam,” ujarnya.
Meskipun jumlah kes positif COVID-19 semakin berkurang namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum membenarkan perhimpunan beramai-ramai dan pasar malam termasuk dalam senarai tersebut.
Situasi itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peniaga kerana mereka kehilangan sumber pendapatan selepas hampir tiga bulan tidak berniaga.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Cuba
#Jaafar Uthman
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#kesihatan
#Kinta
#KKM
#operasi
#pasar malam
#peniaga
#perhimpunan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan