Kementerian Kesihatan mencatat peningkatan mendadak dalam pengambilan vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi bayi dan kanak-kanak daripada pelbagai jangkitan penyakit di kesemua klinik dan hospital susulan tercetusnya kes difteria di negara ini bulan lepas.
Peningkatan mendadak itu dikesan berikutan penularan virus difteria dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dengan kes terbaharu membabitkan seorang suri rumah berusia 41 tahun di Rembau, Negeri Sembilan pada Ahad lepas.
Daripada 15 kes yang dikesan sehingga kini, tiga kes dengan satu kematian dilaporkan di Melaka, Kedah (tujuh kes, satu kematian), Sabah (empat kes, tiga kematian) dan Negeri Sembilan satu kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama di sini bahawa berkata program imunisasi mewajibkan pengambilan vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib dalam kalangan bayi berusia dua, tiga, lima dan 18 bulan bagi mengelak dijangkiti difteria, pertusis, tetanus, polio dan haemophilus influenzae Type B.
"Kementerian Kesihatan menerima laporan dari lapangan bahawa lebih ramai ibu bapa dan penjaga tampil ke fasiliti kesihatan kerajaan mahu pun swasta untuk mendapatkan suntikan imunisasi ini," katanya tanpa menyatakan jumlah peningkatan pengambilan vaksin itu setakat ini.
Imunisasi
Mengenai wanita yang dijangkiti virus difteria walaupun telah diimunisasi semasa kecil, Dr Noor Hisham berkata memandangkan wanita itu telah diimunisasi, beliau hanya mengalami jangkitan difteria yang ringan.
"Selepas enam tahun imunisasi lengkap diberikan, paras antibodi yang terbentuk dalam tubuh akan mula mengurang. Namun, sel-sel memori yang spesifik terhadap penyakit difteria yang akan membantu pembentukan antibodi dengan cepat sekiranya mendapat jangkitan di masa hadapan.
"Apabila sejumlah besar bakteria Corynebacterium Diphtheria masuk ke dalam tubuh penerima imunisasi lengkap, antibodi yang terhasil mungkin tidak mencukupi bagi melawan jangkitan itu...tetapi mereka hanya akan mengalami gejala ringan dan terhindar daripada komplikasi penyakit," jelasnya.
Menurutnya penyakit difteria boleh menyerang orang dewasa atau kanak-kanak dan risiko seseorang untuk mendapat penyakit berkenaan bergantung kepada status imunisasi mereka.
"Risiko jangkitan dalam kalangan mereka yang mendapat imunisasi lengkap adalah lebih rendah. Sekiranya dia dijangkiti, kebiasaannya gejala itu ringan," katanya.
"Bagi yang tidak mendapatkan imunisasi lengkap, dia akan cenderung mendapat gejala lebih teruk dan mengalami komplikasi yang boleh menyebabkan kematian," katanya.
Fokus kanak-kanak
Dr Noor Hisham berkata Program Imunisasi Kebangsaan pada masa ini hanya memberi fokus kepada kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ke bawah bagi memastikan mereka menerima imunisasi lengkap kerana kumpulan itu berisiko tinggi mendapat gejala difteria teruk hasil daripada penghasilan toksin.
"Kadar kematian akibat jangkitan difteria dalam kalangan kanak-kanak juga lebih tinggi dengan mencecah 25 peratus dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun," katanya.
Menurutnya difteria juga boleh berjangkit daripada pesakit kepada orang lain melalui udara dan sentuhan langsung selain boleh menyebarkan penyakit melalui objek yang dicemari bakteria Corynebacterium.
Beliau juga mengingatkan bahawa pembawa bakteria difteria yang tidak menunjukkan tanda dan gejala boleh merebakkan penyakit itu kepada orang lain.
Penularan
Selain tidak mendapat imunisasi difteria lengkap, banyak punca yang menyebabkan penularan penyakit itu termasuk pesakit tidak mengetahui mengenai difteria hingga mereka gagal mendapatkan rawatan awal dan berdepan risiko komplikasi serta menyebarkan bakteria dalam kalangan masyarakat.
"Kadang kala, pesakit yang mempunyai gejala ringan difteria tidak diisolasi dan bergaul rapat dengan masyarakat umum terutama kumpulan yang berisiko tinggi khususnya individu yang mempunyai daya ketahanan tubuh rendah seperti pesakit kanser yang sedang menerima rawatan kemoterapi, pesakit HIV/AIDS dan pesakit yang menjalani rawatan steroid jangka masa panjang," jelasnya.
Dr Noor Hisham juga berkata penularan virus boleh berlaku dalam kalangan warga tua kerana pengurangan paras antibodi dan penurunan daya ketahanan tubuh, bayi yang masih kecil dan belum layak menerima imunisasi difteria, pesakit yang tinggal atau berada lama di tempat sesak, kurang pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang memudahkan penularan penyakit.
Selain itu, pesakit dan kontak juga tiada amalan kebersihan diri seperti tidak mengamalkan etika batuk atau bersin yang betul, tidak membasuh tangan dengan betul serta kontak rapat enggan menerima rawatan profilaksis antibiotik bagi mencegah kejadian penyakit difteria.
"Pesakit yang mengalami gejala dan tanda awal difteria perlu segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan dengan rawatan antitoksin diberikan segera kepada kes yang disyaki difteria tanpa menunggu keputusan ujian makmal.
"Rawatan antibiotik turut dimulakan dan pesakit perlu diasingkan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit. Kontak rapat pula akan diberikan antibiotik profilaksis bagi mencegah kejadian penyakit,"katanya sambil memberitahu orang dewasa boleh mendapatkan imunisasi difteria di fasiliti kesihatan swasta dengan kadar bayaran tertentu.
Bernama
Tue Jul 19 2016
NOOR HISHAM: Program imunisasi mewajibkan pengambilan vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib dalam kalangan bayi berusia dua, tiga, lima dan 18 bulan.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
23 juta kanak-kanak terlepas vaksinasi rutin pada 2020 - Kajian WHO, UNICEF
Perkhidmatan vaksinasi rutin kanak-kanak di Asia Tenggara dan Mediterranean Timur antara yang terjejas teruk, menurut WHO.
KKM ubah Jadual Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak mulai bulan ini
Vaksin lima serangkai kepada kanak-kanak akan ditukar kepada vaksin enam serangkai mulai November.
Tiada vaksin, tiada sekolah - Itali perkenal undang-undang baru
Dikenali sebagai Undang-undang Lorenzin, ia mewajibkan semua kanak-kanak di Itali yang berumur enam hihgga 16 tahun untuk divaksinkan dan jika tidak, ibu bapa mereka akan didenda.
Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tiga lagi kes difteria disahkan di Johor
Kanak-kanak perempuan itu merupakan kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat diifteria pada 23 Feb lepas.
Malaysia akan bina kilang vaksin halal pertama di dunia
Dengan pembinaan kilang tersebut pihaknya mampu memberi keyakinan kepada ibu bapa kerana vaksin yang dihasilkan dari kilang itu adalah halal.
Kes campak global meningkat 50 peratus, pengaruh antivaksin antara punca
Kemunculan semula campak di kebanyakan negara dikaitkan dengan fahaman tidak berasas bahawa vaksin campak membawa kepada kes autisme.
Kedah antara negeri tertinggi tolak vaksin
Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.
3 kanak-kanak positif difteria dibenar pulang esok
Pemeriksaan terhadap kesemua individu itu dilakukan terhadap mereka yang berhampiran atau mereka di sekeliling kanak-kanak terlibat.
Kerajaan Johor kaji wajibkan suntikan vaksin
Dr Sahruddin Jamal berkata, penyakit dan kes yang jarang ditemui seperti difteria yang kini sudah mula dikesan di negeri Johor.