Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menzahirkan sokongan terhadap langkah-langkah kerajaan dalam menangani impak COVID-19 kepada rakyat dan ekonomi negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata penghargaan tersebut dizahirkan susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM35 bilion, pada Jumaat.
"Al Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kelangsungan hidup perniagaan dan rakyat, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan nasib para pekerja di negara ini," katanya dalam kenyataan tersebut, pada Sabtu.
Beliau menambah, Seri Paduka Baginda turut menyifatkan PENJANA sebagai pelan menyeluruh kerana ia mengambil kira keluhan, keperluan serta kebajikan pelbagai lapisan masyarakat, industri serta perniagaan.
"Al Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan baginda bahawa pendekatan secara inklusif ini akan menjadi pemangkin kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jangka pendek negara serta dapat mempertingkatkan keyakinan dan sentimen rakyat, perniagaan dan pelabur asing," katanya lagi.
Sehubungan itu, Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar pelaksanaan pelan tersebut dilakukan dengan teliti dan dipantau secara menyeluruh agar semua kumpulan sasaran menerima manfaat.
Selain itu, baginda berharap objektif untuk membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tercapai, katanya.
Hasimi Muhamad
Sat Jun 06 2020
Seri Paduka Baginda turut berkenan menzahirkan penghargaan berikutan kerajaan mengambil langkah segera dan berkesan menangani impak COVID-19.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.
Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.
Agong zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan - PM
Seri Paduka juga ucap tahniah kepada kerajaan dalam menangani bencana banjir terutama dalam soal pengagihan bantuan yang pantas.