awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Selamat Tahun Baharu belia Malaysia
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjara tujuh tahun, empat sebatan gara-gara lakukan amang seksual pada kanak-kanak 7 tahun

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
15/10/2019
09:24 MYT
Penjara tujuh tahun, empat sebatan gara-gara lakukan amang seksual pada kanak-kanak 7 tahun
Muhammad Firdaus Wong Abdullah dikawal oleh dua anggota polis semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
Hukuman itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman selepas tertuduh, Muhammad Firdaus Wong Abdullah, 44, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Tertuduh juga diarahkan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas tamat menjalani hukuman penjara nanti.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah di Batu Burok, di sini antara pukul 8.30 hingga 10.30 malam, pada 6 Febuari lalu.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Selain itu tertuduh turut berdepan dengan satu pertuduhan merogol dan dua pertuduhan meliwat dua beradik.
Tertuduh bagaimanapun mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 November depan sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#amang seksual
#dua beradik
#Kuala Terengganu
#meliwat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan