Penjawat awam di negeri ini bakal menerima bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri, kata Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Beliau berkata bagaimanapun, perkara lanjut berhubung pemberian bantuan itu akan diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.
"Bantuan berkenaan akan diagihkan menjelang sambutan hari raya," katanya kepada pemberita selepas program Singgah Sahur Kelab Media Johor (KMJ) 2019 yang turut disertai lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi, di sini, awal hari ini.
Difahamkan, lebih 16,000 penjawat awam di negeri ini bakal menerima bantuan berkenaan.
Mengikut rekod, ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019, November tahun lepas, bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata kerajaan Johor bersetuju memberikan bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 kepada penjawat awam di negeri ini tahun ini.
Bantuan kepada penjawat awam negeri dan penjawat awam persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan Johor berjumlah RM1,000, dibayar pada awal Januari tahun ini manakala baki RM500 akan diberikan sempena sambutan Aidilfitri.
Sementara itu, Dr Sahruddin yang mengetuai konvoi Singgah Sahur berkenaan memuji penganjuran program seumpama itu.
"Ini program yang bagus yang mana kita memberi bantuan dan saya galakkan kepada semua, tanpa mengira lapisan masyarakat untuk teruskan program bermanfaat seperti ini dan seharusnya, badan bukan kerajaan (NGO) juga boleh mengadakan program seperti ini," katanya.
Turut menyertai program sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.
Sebanyak 23 kenderaan berkonvoi ke empat lokasi membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Hospital Pakar KPJ Puteri, Hospital Sultanah Aminah dan pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor bagi mengagihkan set makanan dan minuman bersahur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2019
Difahamkan, lebih 16,000 penjawat awam di negeri ini bakal menerima bantuan berkenaan. - Gambar fail
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Penjawat awam Johor bakal terima bantuan khas Aidilfitri - MB
Penjawat awam di negeri ini bakal menerima bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri, kata Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal.