Penjawat awam di negeri ini diharap menjadikan komitmen kerja Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai aspirasi dalam kerjaya bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, penjawat awam negeri ini boleh mengguna ungkapan KSM - "Kerja Seperti Mahathir" yang diolah beliau daripada KSM - "Kerja Sampai Mati" yang diungkap Perdana Menteri ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Cameron Highlands, baru-baru ini dalam menabur bakti kepada rakyat.
"Saya ingin meminjam kata-kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, 'Bintang Kebesaran yang paling saya minati ialah KSM, Kerja Sampai Mati'. Walaupun ungkapan itu dinyatakan secara berseloroh tetapi ia memberi makna yang cukup mendalam lebih-lebih lagi ia keluar dari mulut seorang pemimpin yang berusia 93 tahun.
"Memilih kerjaya sebagai penjawat awam, bererti kita memilih untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada rakyat dan negeri, dan saya mengharapkan agar kita semua juga boleh menggunapakai darjah kebesaran KSM yang saya olah menjadi 'Kerja Seperti Mahathir'," katanya ketika menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota perkhidmatan awam Johor di sini, hari ini.
Osman berkata, dalam konteks dunia semasa yang berubah dengan cepat, rutin 8 pagi hingga 5 petang dilihat tidak sesuai dengan aspirasi kerajaan semasa.
Oleh itu, penjawat awam perlu sentiasa produktif bersifat dinamik dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.
"Namun, jika perlu bekerja di luar waktu pejabat untuk memastikan segala perancangan menepati tarikh akhir, lakukanlah dengan penuh keikhlasan.
"Anda semua haruslah memberikan komitmen penuh kepada kerajaan baharu, bantu kami untuk menjalankan tugas yang akhirnya memanfaatkan rakyat. Sama-samalah kita berganding bahu kerana anda semua tulang belakang kejayaan sebuah kerajaan," katanya.
Beliau, dalam pada itu, mahu penjawat awam di negeri ini membuktikan tahap profesionalisme dengan mendokong aspirasi kerajaan semasa dengan turut sama menyinsing lengan melaksanakan program-program atau inisiatif kerajaan.
Menurut Osman, selaras rakyat yang meletakkan harapan cukup tinggi terhadap pentadbiran kerajaan baharu, maka, penjawat awam di negeri ini perlu segera merealisasikan semua perubahan dan dasar yang diperkenalkan.
"Lebih-lebih lagi pertukaran kerajaan berlaku selepas 61 tahun, pastinya ada di antara penjawat awam negeri yang sudah terbiasa dengan budaya dan cara kerja kerajaan sebelum ini.
"Jangan nanti kerana kelewatan dalam menyesuaikan diri dengan manifestasi kerajaan baharu, rakyat mempersoal kesungguhan pentadbiran ini dalam melaksanakan agenda utama Malaysia baharu," katanya.
Turut hadir pada majlis amanat berkenaan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani, barisan exco Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 28 2019
OSMAN: Dalam konteks dunia semasa yang berubah dengan cepat, rutin 8 pagi hingga 5 petang dilihat tidak sesuai dengan aspirasi kerajaan semasa.
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah
Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.