Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 berkata, kerajaan memutuskan bantuan khas itu yang akan dibayar pada 20 Mei ini dengan pesara kerajaan menerima pencen turut menerima bantuan berjumlah RM250
"Pegawai yang layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 adalah seperti berikut: pegawai lantikan tetap, sementara dan 'contract of service'; pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
"Bantuan khas ini juga dipanjangkan kepada guru interim; pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak mendapatkan khidmat pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya," katanya dalam pekeliling itu.
Jelas Mohd khairul Adib lagi, pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971 turut layak menerima bantuan itu.
Dalam pada itu, Mohd Khairul Adib berkata, Pekerja Sambilan Harian (PSH) masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 turut menerima bantuan khas itu RM500 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
"Pesara yang dilantik semula secara 'contract of service' dan masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 layak diberi bantuan khas itu sebanyak RM500.
"Pembayaran RM250 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya RM250 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020
Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500. - Gambar fail
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Penjawat awam Pahang terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak diperkenalkan pada 2022 hingga hujung 2023.
Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Bantuan khas kewangan Aidilfitri itu akan disalurkan pada 8 April depan.
17,704 penjawat awam Johor terima bantuan khas Aidilfitri
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata bantuan khas berkenaan akan dibayar sebelum sambutan Aidilfitri ini.
Penjawat awam Terengganu terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500
Pemberian bantuan itu melibatkan seramai 13,827 kakitangan awam negeri gred 56 dan ke bawah.
Penjawat awam di Kedah terima bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM1,000
Kelulusan berkenaan akan melibatkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan melibatkan peruntukan keseluruhan bernilai RM5.35juta.
Bantuan khas RM500 sempena Aidilfitri buat penjawat awam, RM250 kepada pesara
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021.
Bantuan khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam di Perak
Bantuan khas Aidilfitri RM1,000 setiap seorang itu dibayar hari ini.
Penjawat awam, pesara terima bantuan khas Aidilfitri 2020 - KP Perkhidmatan Awam
Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.
Pemotongan gaji exco Johor dikaji - Osman
Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri bagi mendapatkan pandangan kesemua Exco berkenaan.