Kerajaan Negeri Sabah bersetuju memberikan bonus kepada penjawat awam di Sabah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bayaran bonus RM500 itu akan dibayar dalam waktu terdekat.

"Kerajaan bersetuju untuk memberikan bonus RM500. Hari Raya Aidilfitri pun tidak lama lagi, takkan nak bagi (bonus) masa Aidilfitri.

"Di negeri-negeri lain ada yang bagi RM1,000, RM500 dan RM400. Oleh itu kerajaan negeri bersetuju bagi RM500," kata Mohd Shafie.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Semenanjung.