awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam terima kenaikan elaun perumahan, bantuan khas RM500

Marlina Manaf
Marlina Manaf
17/06/2015
05:22 MYT
Penjawat awam terima kenaikan elaun perumahan, bantuan khas RM500
NAJIB: Kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM300 sebulan berbanding RM180 buat masa ini.
Sebanyak 1.1 juta penjawat awam bakal menikmati kenaikan kadar imbuhan tetap perumahan berkuat kuasa November.
Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-14 di sini.
Menurut Najib, kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM300 sebulan berbanding RM180 buat masa ini.
Penyelarasan kenaikan itu akan dibuat secara berperingkat, sehingga Gred 41.
Ia bakal melibatkan implikasi kewangan RM1.04 bilion setahun.
Selain kenaikan imbuhan tetap perumahan, Najib turut mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah, bagi meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut Ramadan dan Hari Lebaran.
Bantuan khas ini turut dinikmati 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran RM250.
Kedua-dua pembayaran akan dibuat pada 25 Jun ini melibatkan peruntukan RM1 bilion.
Topic Berkaitan
#elaun
#imbuhan tetap perumahan
#najib
#penjawat awam
#pesara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan