awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjual aiskrim maut kemalangan dengan kereta

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
28/04/2019
10:43 MYT
Penjual aiskrim maut kemalangan dengan kereta
Dalam kejadian di Pasir Pekan kira-kira jam 12 tengah hari Ahad, mangsa, Ahmad Samosa, 60 tahun, maut di lokasi kejadian.
Seorang penjual ais krim maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.
Dalam kejadian di Pasir Pekan kira-kira jam 12 tengah hari Ahad, mangsa, Ahmad Samosa, 60 tahun, maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata mangsa yang juga seorang warga Thailand menunggang motosikal jenis Yamaha Y100 dari arah Kota Bharu menghala ke Wakaf Bharu.
"Tiba di lokasi, motosikalnya yang membawa peti aiskrim terbabas dan mangsa terjatuh ke laluan kereta yang memandu di lorong tengah.
"Pemandu kereta jenis Perodua Kancil yang berada di laluan tengah itu menekan brek kenderaannya namun disebabkan jarak yang dekat, dia terlanggar motosikal mangsa di bahagian belakang," katanya ketika dihubungi di sini.
Ab Rashid berkata mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat manakala pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Ahmad Samosa
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Hospital Tumpat
#Pasir Pekan
#penjual ais krim maut
#warga Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan