Skip to main content

Malaysia

Penjualan air terawat ke Pulau Pinang masih belum diputuskan - Exco Perak

61594776560_menjualair.jpg
Kerajaan negeri Perak masih berhasrat untuk menjual air terawat ke negeri Pulau Pinang, bukannya air mentah.

Bagaimanapun, cadangan itu masih belum dimuktamatkan dan masih di peringkat kajian.

Exco Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kerajaan negeri masih mengkaji kesan positif dan negatif kerana punca air mungkin dari Sungai Perak.

"Ini semua diambil kira dan kalau kita nak jual pun, kita akan jual air yang bersih.

"Maknanya, air diproses, baru dijual kepada negeri yang lain. Kita tak jual air yang belum dirawat," kata Mohd Zolkafly.



Beliau ditemui selepas melakukan lawatan kerja bagi meninjau beberapa projek awam di daerah Kuala Kangsar pada Selasa.

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam jawapannya di Parlimen berkata, isu penjualan air antara dua negeri itu belum dapat diselesaikan kerana Pulau Pinang mahu membeli air mentah manakala kerajaan Perak hanya akan menjual air terawat


Advertisement

Must Watch Video