Pensijilan baharu bagi ubat terkawal/preskriptif yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membolehkan Farmaseutikal Halal berkembang di dalam dan luar negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pensijilan itu dianugerahkan kepada Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) yang akan menggalakkan penyertaan daripada syarikat farmaseutikal di peringkat tempatan dan global.
"Kami berharap ini akan mendorong badan-badan pensijilan halal yang diiktiraf untuk melakukan perkara sama bagi memastikan perubatan preskriptif, vitamin dan suplemen kesihatan adalah halal dan mematuhi piawaian Syariah.
"Produk yang disahkan halal bukan hanya untuk umat Islam sahaja, malah selamat digunakan, berkesan, berkualiti tinggi dan bersih lagi suci," katanya, sambil menambah piawaian halal perlu menjadi teras dalam produk penjagaan kesihatan dan farmaseutikal.
Beliau berkata perlu ada penyatuan Syariah dan Sains, dan Malaysia mampu menjadi peneraju industri, berdasarkan pelaksanaan Piawaian Farmaseutikal Halal pertama di dunia - MS2424:2012.
Kerajaan mahu peserta global melihat negara sebagai hab serantau baharu untuk menampung pasaran halal global yang semakin berkembang, katanya dalam kenyataan pada Khamis.
JAKIM mencipta sejarah sekali lagi dalam industri halal global dengan menjadi badan pensijilan halal pertama mengesahkan ubat terkawal/preskriptif (Produk Beretika) berdasarkan MS2424:2012 Farmaseutikal Halal - Garis Panduan Umum.
Sijil halal bagi produk farmaseutikal preskriptif itu dianugerahkan kepada CCM pada majlis anugerah khas di Putrajaya hari ini.
Logo Halal Malaysia diterima dan diiktiraf di seluruh dunia kerana mematuhi standard dan integriti yang tinggi dalam menepati konsep Halalan Toyyiban.
Pencapaian baharu JAKIM ini akan membolehkan Malaysia menguasai dan meningkatkan kepimpinan dalam industri, terutamanya dengan prospek global Halal Pharmaceuticals yang bernilai US$75 bilion pada masa ini, dan dianggarkan mencecah US$132 bilion menjelang 2021.
Sementara itu, Pengerusi CCM Datuk Normala Abdul Samad berkata syarikat berharap Farmaseutikal Halal akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan untuk Bumiputera dalam ekosistem farmaseutikal.
"Langkah ini bagi menyokong saranan kerajaan untuk mengukuhkan daya saing Bumiputera dalam industri ini.
"Kami mahu menggalakkan para cendekiawan dan pakar Muslim Malaysia, dalam menggalakkan penyatuan Syariah dan sains untuk memperluaskan Farmaseutikal Halal di dalam dan luar negara, menyumbang ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (K-economy)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2017
JAMIL KHIR: Pensijilan baharu bagi ubat terkawal/preskriptif yang dibangunkan Jakim akan membolehkan Farmaseutikal Halal berkembang. - Gambar fail
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Tidak ada keperluan kaji semula lantikan ratu transgender - Dr Dzul
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berkata pihaknya sedia mempertimbangkan cadangan dari pihak tertentu berhubung perkara tersebut.
Pensijilan Jakim bolehkan farmaseutikal halal berkembang di dalam dan luar negara
Pensijilan baharu bagi ubat terkawal/preskriptif yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membolehkan Farmaseutikal Halal berkembang di dalam dan luar negara.