Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Penstriman langsung angkat sumpah jawatan hakim esok

Penstriman langsung angkat sumpah jawatan hakim esok
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 9 April, 2019. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA: Buat pertama kali dalam sejarah kehakiman, Badan Kehakiman akan mengadakan penstriman langsung majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam satu kenyataan menyatakan, majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan itu akan diadakan di dewan persidangan Istana Kehakiman Putrajaya, esok pada pukul 3 petang.
Kenyataan itu menyebut pada majlis sama, akan diadakan majlis penyampaian surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia pesuruhjaya kehakiman.

“Tiga orang hakim Mahkamah Rayuan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan dan lapan orang hakim Mahkamah Tinggi, akan mengangkat sumpah jawatan sebagai hakim Mahkamah Rayuan.
“Manakala 11 orang akan menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Pesuruhjaya Kehakiman,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menyebut, inisiatif penstriman langsung majlis itu bertujuan agar orang awam dapat melihat sendiri istiadat pelantikan seseorang hakim, serta memberi pendedahan mengenai institusi Badan Kehakiman.

Orang ramai boleh menyaksikan penstriman langsung tersebut melalui Portal Rasmi Badan Kehakiman Malaysia di pautan www.kehakiman.gov.my dan media sosial rasmi Badan Kehakiman Malaysia iaitu YouTube dan Facebook: The Malaysian Judiciary. - BERNAMA





Tag: penstriman langsung, angkat sumpah, kehakiman, jawatan, taat setia, surat cara pelantikan, pesuruhjaya kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya, hakim



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.