awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penstrukturan BR1M: Inisiatif tingkatkan produktiviti rakyat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/01/2017
13:41 MYT
Penstrukturan BR1M: Inisiatif tingkatkan produktiviti rakyat
Dalam satu kajian di Amerika Syarikat, ibu bapa yang menerima bantuan makanan akan menyebabkan anak mereka berdepan 50 peratus kebarangkalian untuk menerima bantuan yang sama.
Penstrukturan semula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu mengambil kira impak positif kepada penerima bagi memastikan bantuan itu dapat meningkatkan produktiviti rakyat.
Penyelidik Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khaled berkata bantuan makanan merupakan antara bentuk bantuan yang tidak sesuai diberikan kerana ia tidak meningkatkan produktiviti.
Jelas beliau, dalam satu kajian di Amerika Syarikat, ibu bapa yang menerima bantuan makanan akan menyebabkan anak mereka berdepan 50 peratus kebarangkalian untuk menerima bantuan yang sama.
"Kalau ditanya bentuk bantuan yang perlu diberikan, ia bergantung kepada golongan mana yang kita mahu bantu.
"Jika penerima bantuan merupakan warga emas atau dalam kata lain tidak produktif, pastinya mereka memerlukan wang tunai.
"Sebaliknya, kalau mereka yang lain seperti mempunyai anak, mereka pasti perlukan bantuan kepada anak-anak. Manakala mereka yang bekerja pula adalah insurans pekerjaan di mana ia adalah antara yang paling sesuai untuk meningkatkan produktiviti mereka," katanya ketika ditemubual Hari Ini 8 malam ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2017 pada 21 Okt lepas mengumumkan pemberian BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200. Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, beliau mengumumkan pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900. Individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.
Topic Berkaitan
#Bantuan Rakyat 1Malaysia
#BR1M
#Muhammed Abdul Khaled
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan