Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan proaktif bagi memastikan keselamatan infrastruktur di premis mereka.

"Kenal pasti infrastruktur dan peralatan yang mengundang risiko tinggi mengakibatkan kemalangan dan laporkan segera kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan lanjut," katanya dalam laman Facebooknya hari ini.

Beliau yang mewakili kementerian itu turut menzahirkan perasaan sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Nik Mohamad Lutfi Kamaruddin, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP2), Gua Musang, Kelantan yang meninggal dunia akibat ditimpa palang gol bola baling pagi tadi.

Allahyarham Nik Mohamad Lutfi, pelajar tingkatan dua SMKTIP2, maut selepas cedera parah di kepala selepas ditimpa tiang gol yang tumbang ketika sedang bermain di padang sekolah itu dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi.


BACA: Pelajar maut ditimpa tiang gol