Pentadbiran kerajaan Sarawak tidak terjejas biarpun lima anggota Kabinet negeri itu, termasuk dua orang timbalan ketua menteri, diarahkan untuk mengkuarantinkan diri mereka di rumah, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.
Katanya kemajuan teknologi komunikasi masa kini membolehkan kesemua menteri terlibat meneruskan tanggungjawab mereka biarpun terpaksa mematuhi arahan kuarantin selama 14 hari selepas mereka didapati mempunyai kontak rapat dengan seorang yang disahkan positif COVID-19.
"Kami masih berhubung menggunakan teknologi... badan saja ke lain (tetapi) mereka punya hati semua sudah bekerja," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian simbolik bantuan makanan untuk penduduk luar bandar di Miri, di utara Sarawak pada Ahad.
Menteri-menteri negeri yang dikuarantin itu ialah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Ketua Menteri II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Utiliti Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom; Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah; dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Abang Johari berkata sebelum ini, Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil, disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 05 2020
Pentadbiran kerajaan Sarawak tidak terjejas walaupun lima anggota Kabinet negeri diarah kuarantin. - Foto Bernama
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.
PETRA tubuh jawatankuasa penyelaras, pantau pelaksanaan projek air di Sarawak
Cadangan tersebut juga dipersetujui bersama Abang Johari semasa Fadillah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau pada Isnin.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.