awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang
Parlimen Australia lulus undang-undang kawalan senjata, jenayah kebencian yang lebih ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penternak lembu jumpa tengkorak, tulang manusia dewasa dalam semak

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
25/02/2020
14:01 MYT
Penternak lembu jumpa tengkorak, tulang manusia dewasa dalam semak
Tengkorak dan tulang terbabit dipercayai telah berada di kawasan kejadian lebih dari tempoh sebulan. - Astro AWANI/PDRM
Satu tengkorak berserta beberapa rangka tulang berselerak dipercayai manusia dewasa ditemui berhampiran semak tidak berpenghuni di Batu 11, Jalan FAC Matang, pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong mengesahkan pihaknya menerima laporan penemuan rangka terbabit oleh seorang penternak lembu yang datang untuk mengambil rumput di lokasi kejadian pada jam 10.30 pagi.
Menurutnya, tulang terbabit merupakan tulang manusia dewasa menerusi pengesahan yang dilakukan oleh pihak Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) di lokasi.
"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian menemui satu tengkorak, beberapa batang gigi dan tulang manusia bersama sehelai seluar dalam, seluar pendek, dan baju-T.
"Pemeriksaan lanjut pada jarak 20 meter daripada lokasi pertama turut menemui satu seluar jean biru berisi cebisan wang tunai dan sepasang kasut sukan," jelasnya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dedahnya, rangka terbabit dipercayai telah berada di kawasan kejadian lebih dari tempoh sebulan.
Susulan daripada itu, katanya, pihak forensik HUS akan ke kawasan kejadian semula bagi membuat siasatan lanjutan terhadap rangka terbabit.
Dalam pada itu, jelas beliau, beberapa anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching dan cawangan D9 turut berada di lokasi bagi membantu siasatan menyeluruh dilakukan.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga siasatan lanjut selesai dilakukan," tegasnya.
Ujarnya, kawasan kejadian dipercayai tidak berpenghuni berikutan keadaannya dipenuhi oleh semak samun dan tidak mempunyai sebarang bangunan atau rumah berhampiran.
Topic Berkaitan
#forensik
#Hospital Umum Sarawak
#Kuching
#PDRM
#polis
#tengkorak manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan