KENYATAAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berhubung penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) adalah satu yang dinanti-nantikan. Sudah tiba masanya untuk Malaysia mempunyai majlis media sendiri kerana ia telah lama dibincangkan sejak tahun 70-an.
Namun segala perincian perlu diteliti bagi menyesuaikan dengan peredaran teknologi digital dan perkembangan media.
Usaha menubuhkan badan pengawalseliaan media bebas ini sudah diperjuangkan oleh pengamal-pengamal media tempatan sejak sekian lama bagi mendukung standard kewartawanan, menaikkan tahap profesionalisme, dan menyediakan ruang untuk arbitrasi aduan awam.
Langkah seterusnya adalah untuk menjadikan badan pengawalseliaan itu sebagai suatu realiti. Penubuhan majlis media yang terbuka, bertanggungjawab dan telus dapat membantu membina keyakinan terhadap media, menyumbang kepada kredibiliti organisasi media berita khususnya media perdana.
Usul ini adalah satu langkah yang penting dan juga tepat pada waktu memandangkan dua faktor utama iaitu melindungi dan menaik tarafkan profesion kewartawanan media perdana; khususnya cabaran digital yang terpaksa mereka tempuhi dari segi pemberitaan serta impak platform-platform media sosial yang memberikan satu tekanan yang amat mendalam, bukan sahaja trend media sosial yang banyak ke arah politik kebencian dan elemen-elemen hasutan dan fitnah, malah ditambah juga dengan faktor-faktor berita palsu yang mempunyai elemen mis-information, dis-information dan mal-information.
Maka, usaha penubuhan majlis media dan pindaan undang-undang yang lama mengikut perkembangan teknologi adalah amat penting. Selain itu, penubuhan majlis media perlu selaras dengan keperluan media cetak dan media elektronik secara menyeluruh.
Cadangan ini perlu juga mengambil kira faktor portal-portal media persendirian. Maka, akta sedia ada dan bersifat lama perlu disemak semua atau dihapuskan. Akta yang mengekang kebebasan media seperti PPPA, perlu dimansuhkan.
Dalam keadaan penumpuan teknologi, tiada sebab kita harus menggunakan akta itu.
Akta seumpama ini bersifat ‘pukat tunda’ yang tiada kepentingannya pada waktu ini. Ini kerana apabila semakin dikongkong kebebasan media, maka akan wujudnya populariti platform-platform media sosial yang lain yang membawa maklumat dalam sekelip mata dengan faktor kepantasan teknologi dan information volume yang banyak menggunakan pelbagai aplikasi interaktif dalam platform mereka.
Kita tidak boleh menggalakkan satu situasi di mana rakyat mendahagakan maklumat dan langsung tidak mempercayai pemberitaan media perdana.
Dari segi indeks kebebasan akhbar dunia, hari ini kita telah melonjak 22 anak tangga iaitu di kedudukan 123. Ini adalah satu petanda yang baik, menunjukkan media Malaysia hari ini mempunyai sedikit kebebasan dari segi pemberitaan.
Naik taraf media perdana & wartawannya
Penubuhan majlis media akan meningkatkan lagi imej, kualiti dan profesionalisme industri media tanah air. Dalam cabaran media sosial yang pantas maklumatnya dan kesahihan kandungannya diragui, media massa dan golongan wartawan arus perdana masih relevan sebagai penjana berita semasa.
Namun, soal krebiliti yang perlu ditekankan. Sekiranya, kredibiliti dan ketelusan dari segi pemberitaan wujud, sudah tentunya rakyat akan merujuk kembali kepada media perdana untuk kesahihan sumber. Di negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, tidak ada platform media persendirian yang meraih populariti kerana rakyat percaya terhadap pemberitaan media arus perdana.
Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM), yang masih di peringkat perbincangan, dilihat mampu menjaga integriti profesion kewartawanan. MMM boleh melindungi wartawan dan melindungi hak mereka. MMM antara lain akan memastikan fungsi sosial media diberi perhatian serius, mewujudkan sistem akauntabiliti media yang tersendiri dan mengawal selia tafsiran berita tidak benar mengikut perspektif wartawan.
Antara tugas MMM adalah menangani isu ‘aduan akhbar’ yang semakin lantang di negara kita. Kita sering mendengar rungutan laporan yang tidak seimbang atau berat sebelah.
Di New Zealand, misalnya, Majlis Media mereka akan menjadi jurucakap kepada rakyat mereka apabila berlaku sebarang ketidakadilan terhadap media atau sebarang aduan terhadap media perdana berhubung pemberitaan.
Di Indonesia, Majlis Media Indonesia menjadi platform rundingan antara kerajaan, media dan rakyat Indonesia bagi isu yang berbangkit. MMM perlu memastikan hak dan legasi media serta pengamalnya diberikan perhatian secukupnya selain mengawal selia aspek akauntabiliti dan kod etika wartawan.
Kepimpinan politik mampu meningkatkan konsultasi yang baik dengan pihak media. Tindakan mewujudkan sebarang dasar atau mengetengahkan akta yang boleh menjejaskan kebebasan media atau kebebasan bersuara dilihat tidak produktif untuk jangka panjang.
Bagi menjaga integriti profesion kewartawanan, agaknya lebih baik kita membuat kawalan dalaman daripada kita dikawal dari luar. Majlis Media juga boleh berperanan sebagai satu badan yang boleh mengawal selia dan menetapkan peraturan supaya boleh dirujuk oleh wartawan dan editor di bawah satu payung.
Siapa harus mengendalian Majlis Media Malaysia (MMM)?
Majlis ini harus dikendalikan sepenuhnya oleh pengamal media mahupun persatuan-persatuan media yang sedia ada seperti MPI, MNPA, IOJ, NUJ bagi mengelak timbulnya prasangka dalam kalangan masyarakat terhadap fungsi sebenar badan bebas ini nanti.
Ia bagi memastikan badan pengawal selia media itu digerakkan berasaskan konsep dipacu oleh industri dan bukan didorong haluan oleh kerajaan.
Kita tidak mahu nanti masyarakat berasa media masih dikawal oleh kerajaan. Mereka yang mengendalikan majlis ini datangnya daripada komuniti wartawan itu sendiri. Ditambah dengan satu unit khas atau bahagian pengurusan pematuhan media perlu dibentuk menerusi majlis itu bagi mendengar rungutan berhubung laporan yang tidak seimbang atau berat sebelah.
Maka, majlis tersebut seharusnya dianggotai oleh pengamal media sahaja bagi memastikan kebolehpercayaan majlis oleh rakyat Malaysia.
Justeru, segala peraturan dan undang-undang yang mahu digubal pada masa hadapan harus datangnya daripada majlis media ini. Ini kerana ia akan melibatkan persoalanan kredibiliti media berkenaan sama ada bias terhadap sesuatu pihak dan keduanya, sebagai satu platform untuk Rakyat Malaysia berbincang sebagai platform rundingan dan bukannya platform media sosial yang menjana pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Era Malaysia Baharu wajar dijadikan sebagai peluang dan titik tolak dalam menghentikan kepentingan dan campur tangan mana-mana pihak dalam mana-mana syarikat media. Ini sudah pasti akan mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap pemberitaan media perdana negara.
* Artikel ditulis oleh Prof. Madya Dr. Sara Chinnasamy, iaitu Penganalisis Politik & Media Sosial Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Shah Alam.
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semstinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Sara Chinnasamy
Sat Jul 13 2019
Majlis Media juga boleh berperanan sebagai satu badan yang boleh mengawal selia dan menetapkan peraturan supaya boleh dirujuk oleh wartawan dan editor di bawah satu payung. - Gambar hiasan
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Menteri sahaja yang boleh pecat saya - Hans Isaac
Hans Isaac hanya akan mengundurkan diri sekiranya beliau diarahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Penubuhan Majlis Media Malaysia martabatkan media
Usaha menubuhkan badan pengawalseliaan media bebas ini sudah diperjuangkan oleh pengamal-pengamal media tempatan sejak sekian lama.
Bank Dunia iktiraf usaha Malaysia tingkatkan sektor telekomunikasi
Laporan Bank Dunia itu satu bukti kepada keberkesanan inisiatif, dasar dan tindakan yang dilaksanakan MCMC.