awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan Majlis Penasihat negara: 'Macam Avengers versi Malaysia' - Netizen

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
12/05/2018
10:48 MYT
Penubuhan Majlis Penasihat negara: 'Macam Avengers versi Malaysia' - Netizen
Inilah 'Avengers' versi Malaysia, kata netizen. - Foto Astro AWANI
KURANG sejam selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan tiga Menteri dalam Kabinet baharu pentadbiran beliau di satu sidang media khas, netizen sudah bersorak lega dengan barisan yang dianggotai ikon besar yang bakal mendokong aspirasi PM tersebut.
Tun Mahathir mengumumkan bahawa Majlis Penasihat akan dianggotai oleh pakar ekonomi dan ahli akademik bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, taikun Tan Sri Robert Kuok, Penolong Setiausaha Agung, Jowo Kwame Sundaram dan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican.
Tetapi apa yang menarik perhatian netizen ialah pengumuman berhubung penubuhan Majlis Penasihat yang ditubuhkan sebagai penasihat kabinet di bawah pentadbiran baharu Tun Mahathir.
BACA: Zeti, Robert Kuok dan Hassan Merican, kenali tokoh Majlis Penasihat
Kabinet baharu Malaysia
Barisan Kabinet dan Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan sebagai penasihat Kabinet di bawah pentadbiran baharu Tun Mahathir. - Foto Astro AWANI
Tugas Khas Majlis Penasihat
Majlis Penasihat ini ditubuhkan khusus untuk menasihati kerajaan berhubung hal ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.
Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat.
Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari.
Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat. Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari.
Sorakan di media sosial
Netizen di media sosial meraikan pelantikan Majlis Penasihat itu dengan menggelar ahli-ahli itu sebagai 'Avengers' versi Malaysia.
Media sosial dibanjiri dengan keterujaan netizen yang berpendapat bahawa penubuhan Majlis Penasihat adalah satu keputusan bernas yang diambil oleh Mahathir dalam pembentukan kabinet baharu.
Ramai menyatakan bahawa penubuhan majlis yang dianggotai pakar ekonomi dan akademik itu adalah langkah pertama parti HARAPAN dalam memastikan perkembangan progesif negara.
Ini adalah Malaysia yang baharu
COUNCIL OF ELDERS. WOW. THIS IS THE NEW MALAYSIA! #Negaraku /p>— JFK (@jfkjohan) May 12, 2018
Tidak ada pihak yang boleh mempengaruhi Majlis Penasihat
The importance of this council of elders is You can't buy them, you can't intimidate them, you can't persuade them, from internal even external influences. They're powerful, rich, intelligent, high integrity and old. Move aside nations. Malaysia is coming. #MalaysiaBaru #ph
— arelongMUFC (@thisisarelong) May 12, 2018
Merealisasikan Wawasan 2020
Bro we just had the best lineup of ministers and leaders. As if thats not enough, the government set up a very capable Council Of Elders! Daim, Zeti, Kuok, Hassan Merican, & Jomo. Damn la government really making 2020 a reality now.
— Rizq (@Hazarizq) May 12, 2018
Tun Mahathir seorang badass
You know how badass you need to be to legally form a board called he Council of Eldersin a country? Tun M level of badass. Wow. What new season did Malaysia get a reboot into. #GE14
— T'MingThing (@dmingthing) May 12, 2018
Macam filem 'Lord of The Rings'
Council of elders dah macam LOTR pic.twitter.com/HPDgBfM5iH
— mat sabu fanclub (@AidaSue) May 12, 2018
Council of Elders.... this is so Lord of The Ring.... please tell me Tun is Gandalf.
— Nunu In The Garden (@KyaryHime) May 12, 2018
Majlis Penasihat memenuhi janji parti HARAPAN
This Council of Elders composition has quite an interesting experience, economy / finance, oil & gas, deal making, governance, China deals & relation. All this somehow fits back to PH reform promises
— #BiruMuda (@apaccioe) May 12, 2018
'Avengers' versi Malaysia
Council of Elders is definitely a good move. Avengers sudah datang. #powerofmahathir #ggwp pic.twitter.com/rzn02f7d3Q
— Cheryl Chin. (@hueywynn) May 12, 2018
Mahathir hari ini mengumumkan tiga Menteri dalam Kabinet baharu pentadbiran beliau.
Lim Guan Eng dari DAP dilantik sebagai Menteri Kewangan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari PPBM sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Mohamad Sabu (AMANAH) sebagai Menteri Pertahanan.
Topic Berkaitan
#Daim Zainuddin
#DAP
#ekonomi
#harapan
#Hassan Merican
#Jowo Kwame Sundaram
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Memilih
#Perdana Menteri
#PPBM
#Robert Kuok
#Zeti Akhtar Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan