Penunggang maut dirempuh motosikal ketika keluar simpang

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika keluar simpang
Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, mangsa, Mohamad Shafarin Normiah, 32, yang beralamat di Kampung Sri Malim, Malim Nawar, meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar hiasan
KAMPAR: Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikalnya dirempuh sebuah motosikal lain ketika keluar simpang di Kilometer 3, Jalan Kampar - Tronoh Mines pada Isnin pagi.


Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, mangsa, Mohamad Shafarin Normiah, 32, yang beralamat di Kampung Sri Malim, Malim Nawar, meninggal dunia di tempat kejadian.


Kemalangan turut menyebabkan penunggang sebuah lagi motosikal, Muhammad Hairie Ismail, 42, mengalami cedera parah di kepala dan pemboncengnya, pelajar , Muhamad Adam Haris Zaidi, 14,
mengalami lebam dan luka kecil di tangan.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, motosikal Muhammad Hairie sedang dalan perjalanan dari Bukit Pekan menuju ke Kampar.


“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba motosikal Mohamad Shafarin keluar dari simpang sebelah kiri secara mengejut dan masuk ke laluan motosikal yang ditunggang Muhammad Hairie.


“Muhammad Hairie tidak sempat membrek lalu melanggar bahagian sebelah kanan motosikal Mohamad Shafari,” katanya di sini.


Menurutnya, bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian Mohamad Shafari adalah "Basal Skull Fracture Secondry To MVA"  iaitu akibat kecederaan di tengkorak.


Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Tag: penunggang motosikal, meninggal dunia, maut, kemalangan, Mohamad Shafarin Normiah, rempuh motosikal



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.