Penunggang motosikal maut badan terputus dua dalam kemalangan

Penunggang motosikal maut badan terputus dua dalam kemalangan
Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke sebelah kanan jalan raya. - Foto ihsan pembaca/media sosial
GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di jalan bertingkat Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, menghala ke Batu Maung, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Nor Azli Sharif Hassan, 31, maut dalam keadaan menyayat hati di tempat kejadian apabila badannya terputus dua dari paras pinggang ke bawah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, memaklumkan, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke sebelah kanan jalan raya.

"Mangsa kemudian terkena tiang lampu di tembok pemisah jalan sehingga menyebabkan badannya terbelah dua.

Mangsa dipercayai dari arah George Town dalam perjalanan ke Balik Pulau meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.




Tag: Nor Azli Sharif Hassan, badan terputus dua, Tun Dr Lim Choong Eu, Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, Batu Maung, Balik Pulau, George Town, Hospital Balik Pulau, Akta Pengangkutan Jalan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.