Penunggang motosikal maut digilis treler

Penunggang motosikal maut digilis treler
Mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori treler dari arah yang sama sebelum terjatuh dan digilis. - Foto Astro AWANI
KLANG: Gara-gara bergesel dengan sebuah lori treler, seorang penunggang motosikal maut selepas digilis kenderaan tersebut.

Kejadian berlaku di susur Jalan Pelabuhan Utara menghala Jalan Perlabuhan Barat, Pelabuhan Klang, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.44 pagi itu, mangsa Khairul Ikhwan Mohd Isa, 22 tahun, dari Pasir Panjang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan maut di lokasi kejadian.
Mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha FZ 150 dipercayai sedang menunggang dari arah Pelabuhan Utara menuju ke Klang.

Mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori treler dari arah yang sama sebelum terjatuh dan digilis.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Tag: digilis treler, penunggang motosikal maut, Jalan Pelabuhan Utara, Jalan Perlabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Khairul Ikhwan Mohd Isa, Yamaha FZ 150, Pelabuhan Utara


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.