announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Penunggang motosikal maut digilis treler

Penunggang motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 20-an dipercayai terjatuh dari motosikal jenis Yamaha LC135 ditungganginya dan dilanggar treler 10 tan yang tidak sempat mengelak dari arah belakang. -Foto JBPM
ALOR SETAR: Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 84.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), pagi Rabu.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan berhubung nahas pada jam 8.30 pagi tadi.

Mangsa yang berusia 20-an dipercayai terjatuh dari motosikal jenis Yamaha LC135 ditungganginya dan dilanggar treler 10 tan yang tidak sempat mengelak dari arah belakang.

Akibat pelanggaran itu, mangsa terseret lebih 10 meter dan maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.