Seorang penunggang motosikal maut selepas diseret hampir 10 meter dalam kemalangan di KM5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) arah Sentul menghala susur ke Greenwood Park, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, Mohammad Khairul Anuar Ismail, 33, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di lokasi kejadian selepas parah pada anggota badan.
Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata kemalangan dipercayai melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kenderaan berat dan motosikal mangsa bergesel dengan kenderaan itu.
"Insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikalnya. Selepas terjatuh mangsa bersama motosikalnya diseret sejauh 10 meter.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan kenderaan terlibat atau saksi kejadian diteruskan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sinar Harian
Tue Aug 06 2019
Mangsa Mohammad Khairul (gambar kecil) maut selepas parah diseret hampir 10 meter. -Foto Sinar Harian
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Penunggang motosikal maut diseret dalam nahas di lebuh raya
Mohammad Khairul Anuar Ismail yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di lokasi kejadian selepas parah pada anggota badan.