awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
Pengiktirafan Israel terhadap Somaliland langgar undang-undang antarabangsa - Presiden Somalia
Nilai eksport negara catat RM1.45 trilion setakat November tahun ini - Pengerusi MATRADE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut langgar pokok tumbang atas jalan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/05/2020
03:11 MYT
Penunggang motosikal maut langgar pokok tumbang atas jalan
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.
Akibat tidak nampak pokok getah tumbang di atas jalan, seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng cedera di Jalan Muda Kuari, Tunjang, dekat Alor Setar, malam Khamis.
Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Min Than Tun, 48, maut di tempat kejadian manakala rakannya berusia 35 tahun cedera ringan.
Kedua-dua mereka dipercayai tidak menyedari terdapat pokok tumbang di atas jalan disebabkan hujan lebat dan angin kuat ketika kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.56 malam.
"Sebaik tiba, kita dapati seorang mangsa terbaring di atas jalan manakala rakannya duduk di sebelah motosikal.
"Mangsa yang terbaring disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat," katanya di sini pada Jumaat.
Katanya, pasukannya turut membersihkan laluan itu termasuk mengalihkan batang dan dahan pokok tumbang itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Topic Berkaitan
#ajal
#batang pokok
#hilang kawala
#jalan kuari
#langgar
#maut
#motosikal
#Pokok tumbang
#tunjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan