awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut rempuh kereta terbalik di Lebuh Raya PLUS

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2020
21:59 MYT
Penunggang motosikal maut rempuh kereta terbalik di Lebuh Raya PLUS
Penunggang motosikal dipercayai gagal mengelak kereta yang terbalik lalu merempuh kenderaan berkenaan. - Foto Astro AWANI
Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh bahagian tepi sebuah kereta yang terbabas dan terbalik di laluan kiri jalan dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) malam tadi.
Nahas berlaku dekat Kilometer 452 arah Rawang ke Sungai Buloh dalam keadaan hujan renyai kira-kira jam 10 malam.
Menurut maklumat awal dari Polis Trafik Sungai Buloh, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke penghadang jalan sebelum terbalik di laluan kiri.
Mangsa yang datang dari arah sama dipercayai gagal mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan.
Difahamkan, pemandu kereta yang mengalami cedera ringan cuba memberi amaran secara manual namun keadaan yang gelap sukar dilihat.
Mangsa dikenali sebagai Nasir Ismail bertugas di KL Sentral, berusia 54 tahun, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di badan dan kepala.
Mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk urusan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#cedera
#gelap
#hujan
#kemalangan maut
#kereta terbalik
#Lebuh Raya PLUS
#motosikal
#pemandu kereta
#penunggang
#Polis Trafik Sungai Buloh
#Sungai Buloh
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan