Tutup

Penunggang motosikal maut terlanggar kren

Penunggang motosikal maut terlanggar kren
Mangsa dipercayai telah melanggar bahagian hadapan kren tersebut. - Foto Astro AWANI
DUNGUN: Seorang pekerja swasta maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar sebuah kren dalam kejadian di Kampung Tok Arun, Dungun pada Rabu.

Mangsa, Amir Amri Zolkiflee, 29 tahun dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira jam 11.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Dungun.

Kemalangan itu dipercayai berlaku kira-kira jam 7.15 pagi apabila kren yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun ingin keluar dari tempat parkir dengan dikawal lalu lintas oleh rakan sekerjanya.

Rakannya itu telah menahan sebuah kereta dan motosikal namun secara tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal jenis Demak Evo Z dikatakan telah memotong kereta berkenaan.
Mangsa dipercayai telah melanggar kren tersebut di bahagian hadapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian.
Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Tag: motosikal langgar kren, Kampung Tok Arun, Amir Amri Zolkiflee, motosikal, Demak Evo Z, Hospital Dungun, Polis Daerah Dungun, Akta Pengangkutan Jalan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.