Seorang lelaki bertindak kasar dengan mencederakan polis trafik ketika beliau cuba ditahan bagi kesalahan lalu lintas di sekitar Jalan Sultan Nazrin Shah, Belati Wangsa di sini pada malam Isnin.
Dalam kejadian sekitar 11.49 malam itu, anggota polis trafik, Korporal Mohd Zamri Daud ditendang beberapa kali dan bengkak bahagian muka sebelah kanan setelah dihentak dengan topi keledar milik suspek.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata suspek berusia 27 tahun dari Johor yang menunggang motosikal Honda Wave itu ditahan ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya polis.
"Suspek yang menunggang secara berbahaya dan menyongsang melawan arus cuba dihentikan oleh anggota berkenaan dengan memegang 'handle' motosikal suspek sebaliknya tangannya telah dipukul dan ditepis.
"Tiba-tiba,suspek melompat dari motosikal dan berlari ke arah anggota berkenaan sebelum menghentak bahagian kanan kepalanya dengan menggunakan topi keledar dan menengking menggunakan kata-kata kesat," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Katanya, suspek juga kemudiannya menendang anggota tersebut sebelum dihentikan oleh pengguna jalan raya dan rakan setugas yang lain.
Sum berkata suspek berkenaan mengalami luka ringan di bahagian kaki dan tangan akibat aksi terjun dari motosikalnya.
"Saman 257 telah dikeluarkan ke atas suspek di atas kesalahan memandu tanpa lesen dan masuk laluan sehala.
"Kita juga menahan seorang lagi pembonceng motosikal remaja wanita berusia 16 tahun yang berasal dari Sungai Siput, Perak.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam dan Seksyen 14 Kesalahan kesalahan kecil 1955," ujarnya.
Nazialita Geynna Maharan
Tue Mar 08 2016
Kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam dan Seksyen 14 Kesalahan kesalahan kecil 1955. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivis Malaysia berlepas ke Istanbul
Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
AWANI Ringkas: Aktivis Malaysia sertai Misi Flotila ke Gaza hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kami sedia membantu - Penyokong Kedah
Dia berpandangan bahawa ada cara yang lebih baik untuk menangani masalah itu dengan menegaskan penyokong sedia membantu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad;
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
AWANI Pagi: Pasca mesyuarat peruntukan MP pembangkang
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
AWANI Pagi: Joseph Kurup dalam kenangan
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
Penunggang motosikal tendang, hentak anggota polis dengan topi keledar
Anggota polis trafik itu ditendang beberapa kali dan bengkak bahagian muka sebelah kanan setelah dihentak dengan topi keledar suspek.