awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM cadang moratorium enam bulan terhadap import sisa plastik, e-sisa
Mahkamah Tinggi tolak permohonan GISB cabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis
Rasuah: Tindakan undang-undang tidak wajar cemari imej kementerian, pasukan keselamatan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal terbabas, meraung kaki tertusuk besi longkang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/02/2020
14:03 MYT
Penunggang motosikal terbabas, meraung kaki tertusuk besi longkang
Anggota JBPM terpaksa memotong besi itu menggunakan alat pemotong khas, sebelum mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim. - JBPM
Seorang lelaki cedera di kaki kanannya akibat tertusuk besi longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke dalam longkang di Jalan Bukit Puteri, Puteri Jaya, Sungai Petani.
Dalam kejadian jam 7.30 malam Isnin, mangsa Ahmad Radhi Bashiran, 20, yang menunggang motosikal Yamaha RXZ itu seorang diri diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.47 malam berhubung kemalangan itu.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani tiba di lokasi mendapati mangsa sedang mengerang kesakitan akibat tusukan besi di kakinya itu.
Anggota JBPM terpaksa memotong besi itu menggunakan alat pemotong khas, sebelum mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#bomba dan penyelamat
#JBPM
#kaki tertusuk besi
#mangsa kemalangan
#motosikal terbabas
#penunggang motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan