awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut jurusan perubatan maut selepas terjatuh dari tingkat empat perpustakaan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/11/2019
13:57 MYT
Penuntut jurusan perubatan maut selepas terjatuh dari tingkat empat perpustakaan
Siasatan awal mendapati penuntut itu adalah penuntut cemerlang dan tiada masalah berkaitan yuran atau sebagainya. - PDRM
Belum sempat duduki peperiksaan penuntut jurusan perubatan ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan perpustakaan sebuah universiti swasta di Sungai Petani, petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, penuntut lelaki berusia 19 tahun berasal dari Pulau Pinang itu ditemui oleh penuntut lain selepas terdengar bunyi sesuatu terjatuh dari bangunan itu.
Penuntut lelaki itu disahkan maut akibat parah pada bahagian kepala.
Menurut Adzli, siasatan awal mendapati penuntut itu adalah penuntut cemerlang dan tiada masalah berkaitan yuran atau sebagainya.
Katanya, berdasarkan maklumat, bapa penuntut ada menghubungi anaknya kira-kira jam 2.30 petang.
Anggota keluarga sepatutnya bertemu dengan penuntut itu hari ini untuk menghantar baju serta rantai.
Bagaimanapun pada jam 3.30 petang keluarga menerima panggilan berhubung kejadian itu.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada penuntut itu mengalami tekanan ataupun sebaliknya kerana difahamkan dia akan menduduki peperiksaan esok.
Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Topic Berkaitan
#jatuh bangunan
#jurusan perubatan
#PDRM
#pelajar maut
#penuntut
#polis
#Sungai Petani
#universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan