Tutup

Penuntut UTeM peluk Islam pada ceramah Dr Zakir Naik

Penuntut UTeM peluk Islam pada ceramah Dr Zakir Naik
Ilmuan Islam Antarabangsa Dr Zakir Naik memeluk penuntut kejuruteraan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang memeluk agama Islam ketika majlis syarahannya di UTeM malam semalam. - Foto BERNAMA
MELAKA: Penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Senkiran Dharma menjadi penganut bukan Islam yang keenam memeluk agama Islam pada ceramah pendakwah antarabangsa terkenal Dr Zakir Naik.

Penuntut jurusan kejuruteraan telekomunikasi elektronik berumur 24 tahun itu mengucapkan dua kalimah syahadah dengan dibimbing Dr Zakir, pada siri ceramah ilmuan Islam itu di universiti itu malam tadi.

Dharma membuat keputusan untuk memeluk Islam selepas bertanyakan kepada Dr Zakir tentang konsep syurga dan neraka bagi orang Islam dan bukan Islam.

"Ya, saya sudah menunggu untuk melakukan ini selama ini," katanya ketika ditanya oleh Dr Zakir berhubung keputusannya untuk memeluk Islam.
Dharma berkata beliau telah melakukan kajian tentang Islam sejak tiga tahun lepas dan mempunyai kembar yang telahpun memeluk Islam.

BACA: Empat lagi memeluk agama Islam pada ceramah Dr Zakir Naik 

BACA: Ceramah Dr Zakir Naik di KL: 7 cerita di sekitar acara 
BACA: 8 fakta anda perlu tahu tentang Dr Zakir Naik


Fakta mengenai Dr Zakir Naik

Lebih 20,000 orang menghadiri ceramah Dr Zakir bertajuk 'Islam - Problems and Solutions to Humanity' (Islam - Masalah dan Penyelesaian kepada Kemanusiaan).

Mereka termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam, Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib dan kalangan Exco negeri Melaka.

Pendakwah dari India itu sedang dalam siri menyampaikan ceramah dan syarahan di seluruh negara dan telah menarik kehadiran ribuan orang.

Beliau telah mengadakan empat ceramah di Terengganu dan satu di Kuala Lumpur sebelum ke negeri ini.