Hospital Umum Sarawak (HUS) tidak ditutup dan akan beroperasi seperti biasa.
Itu penjelasan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS), Dr Chin Zin Hing ketika mengulas mengenai berita yang tular di media sosial mengenai penutupan hospital tersebut yang dikatakan berkait dengan kes positif COVID-19 yang terdiri daripada petugas kesihatan di hospital itu.
“Buat masa ini kita tidak pertimbangkan untuk menutup hospital kerana kita masih memberikan perkhidmatan.
"Tetapi kita akan memastikan bahawa kita akan mengurangkan kes jangkitan,” jelasnya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.
Tambah Chin, pihak hospital mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mencegah wabak itu justeru dakwaan penghentian operasi hospital berkenaan adalah tidak wajar.
“Kami juga faham 50 lebih kes ini, mereka sebenarnya berlaku dalam tempoh melebihi satu bulan menjadikan rata-ratanya sekitar satu setengah hingga dua kes sehari,” ujar beliau mengenai statistik kes jangkitan itu yang diklasifikasikan sebagai rendah.
Jelas beliau juga, bukan kesemua kes tersebut adalah disebabkan jangkitan semasa bertugas. Ada yang disebabkan jangkitan dari kluster lain.
Namun, pihaknya memberi jaminan akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan keadaan kekal terkawal dengan mengikut langkah pencegahan sepatutnya.
Dalam masa yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengingatkan orang awam untuk bijak dalam menapis berita palsu.
“Itulah sebabnya kami meminta orang ramai untuk mengetahui berita tersebut. Jangan sebarkan sekiranya tidak pasti," tegasnya pada sidang media yang sama.
Sementara itu, beliau turut mengulas berkenaan penduduk luar bandar yang menggunakan perahu sebagai pengangkutan utama sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Beliau berkata, setakat ini pihak JPBN masih membenarkan perahu beroperasi sepanjang tempoh PKP berlangsung dengan syarat tidak melebihi dua penumpang.
Astro Awani
Thu Apr 30 2020
Jelas Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS), Dr Chin Zin Hing tumpuan mereka tertumpu kepada pemulihan pesakit dan tindakan untuk menutup operasi hospital berkenaan adalah tidak wajar. -Gambar Fail
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024