Penyanyi wanita ditahan kerana simpan anak beruang matahari

Penyanyi wanita ditahan kerana simpan anak beruang matahari
Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.59 petang sebelum 6 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dihantar ke lokasi kejadian. - Foto Facebook Ida Shareena
KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan seorang penyanyi wanita kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominumnya di Desa Pandan di sini, semalam.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 8 malam selepas pihak Perhilitan membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya selepas menerima maklumat awam.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan wanita itu bagi membantu siasatan kes itu.
“Wanita itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu,” katanya.

BACA: Jiran terkejut beruang 'minta' makanan

Beliau berkata wanita itu disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). 
Video berdurasi lima saat serta gambar kepala beruang matahari cuba keluar dari tingkap kondominium kediaman wanita itu tular di laman sosial hari ini. 

-- BERNAMA




Tag: laman sosial, siasatan, video, Perhilitan, kondominum, Desa Pandan, penyanyi, wanita, Abdul Kadir Abu Hashim, dokumen pemilikan, anak beruang, beruang matahari, hidupan liar, jiran, bomba


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.