awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyatuan parti Melayu: Pelawaan Tun Mahathir logik - Mat Sabu

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/07/2019
04:42 MYT
Penyatuan parti Melayu: Pelawaan Tun Mahathir logik - Mat Sabu
Dengan menyifatkan ia satu pelawaan yang logik, Mohamad akui pelawaan itu akan mengukuhkan lagi Kerajaan Pakatan Harapan (PH). - Gambar fail/BERNAMA
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mempertahankan pelawaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya semua parti politik Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.
Dengan menyifatkan ia satu pelawaan yang logik, Mohamad akui pelawaan itu akan mengukuhkan lagi Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Memanglah, parti politik mahu parti dia kuat, biasalah. Hak parti yang lain lah. Bagaimanapun, orang Melayu mesti ada kekuatan terutama dalam Pakatan Harapan supaya Kerajaan yang dibentuk seimbang dan dilihat lebih kuat pada masa akan datang. Pelawaan Tun Mahathir adalah pelawaan yang logik,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Dr Mahathir yang mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.
Ketika ditanya apakah perkara yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan petang ini, Mohamad menjelaskan terserah kepada anggota mesyuarat untuk membincangkannya atau tidak.
"Petang ini kita akan bermesyuarat, saya tidak tahu perkara ini akan dibincangkan atau tidak tetapi ahli bebas untuk menyuarakan pandangan," katanya lagi.
Pakatan Harapan dijadualkan mengadakan Majlis Mesyuarat Presiden bulanan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya petang ini.
BACA: Dr Mahathir ajak semua parti Melayu bergabung bawah satu parti
Menurut Dr Mahathir, perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam parti Melayu termasuk UMNO dan sekiranya lebih banyak lagi ditubuhkan orang Melayu akan terus berpecah belah.
Jesteru demi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah, beliau mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Melayu
#Melayu Bersatu
#Mohamad Sabu
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#politik
#PPBM
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan