Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan ada lagi pendakwaan yang akan dikenakan bersabit kes penyelewangan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan kesemua butiran pihak terlibat telah diserahkan kepada timbalan pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

"Saya tidak tolak kemungkinan akan ada lagi pihak-pihak yang akan dituduh dalam tempoh terdekat.

"Tetapi saya tidak boleh mendedahkan bila dan siapa inidividu terbabit," uarnya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.

Jelas Azam, kini bergantung kepada pertimbangan Timbalan Pendakwaraya bagi menentukan inidividu mana yang akan dikenakan tuduhan terbabit.

"Bukti-bukti yang sedia ada ini memang telah kita kumpulkan dan kita sedang menunggu timbalan pendakwa raya untuk membuat keputusan," ujarnya.

Awal hari ini, Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Pengarah Urusannya, Datuk Musthafa Abd Razak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini berhubung kes penyelewangan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta.

BACA: Seleweng RM15 juta: 'Tan Sri', 'Datuk' didakwa pagi ini

Abdul Aziz mengaku tidak bersalah bersubahat berhubung kes berkenaan selepas pertuduhan dibacakan.

Musthafa juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berhubung penyelewengan dana penerbitan itu.

Sebelum ini, Azam berkata, kedua-dua mereka akan didakwa atas beberapa pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman lelaki berusia 65 tahun bergelar ‘Tan Sri’ itu selama tujuh hari sehingga 5 Sept bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Lelaki bergelar ‘Datuk’ berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama.