awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelewengan dana projek Sabah: Adik bekas menteri direman lima hari

Bernama
Bernama
11/10/2017
05:31 MYT
Penyelewengan dana projek Sabah: Adik bekas menteri direman lima hari
Adik seorang bekas menteri persekutuan direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini. --fotoBERNAMA
Adik seorang bekas menteri persekutuan direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini.
Majistret Stephanie Sherron Abbie mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan lelaki berkenaan sehingga 15 Okt bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
Individu itu yang ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah semalam, adalah antara tujuh individu yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar berjumlah RM180 juta, iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan daripada sebuah kementerian.
Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian daripada peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah sepanjang 2009 hingga 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#adik bekas menteri
#menteri persekutuan
#penyelewengan dana
#projek luar bandar
#reman
#Sabah
#siasatan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan