Tindakan kejam seorang penyelia kilang yang menyebabkan kematian seorang nenek dan rakan wanitanya pada dua kejadian berasingan akhirnya mendapat pembalasan setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara 38 tahun oleh Mahkamah Tinggi Muar di sini hari ini.
V.Siva, 35, sebelum itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan membunuh dua wanita berusia 87 dan 34 tahun pada 2013 dan tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkenaan dari tarikh dia ditangkap iaitu 26 Ogos 2015.
Mengikut fakta kes, pada 11 Julai 2013 sekitar 9.30 hingga 10.30 pagi, V. Siva didakwa bertindak mengambil barang kemas milik nenek kandung kepada isterinya, G. Ganatha Letchumy, 87, di sebuah rumah di Taman Koperasi Kluang sebelum menjerut leher mangsa sehingga menyebabkan kematian kepada warga emas terbabit.
Manakala pada 25 Ogos 2015 pula, tertuduh sekali lagi didakwa menyebabkan kematian dengan cara yang sama kepada rakan perempuannya S. Chitra, 34, di Taman Desa Kluang sekitar jam 12.30 tengah hari.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, V. Siva didakwa mengikut pertuduhan pilihan di bawah seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang mempunyai isteri dan seorang anak berusia 6 tahun itu, sebelum ini dituduh mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, kerana membunuh.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Shukri Hussain pada dua prosiding berasingan itu menegaskan mahkamah untuk memberikan hukuman penjara maksima kepada tertuduh dengan mengambil kira pembunuhan ini berlaku disebabkan pergaduhan dan juga tindakan tertuduh yang memecah masuk rumah mangsa selain mengambil kira kepentingan awam.
Muhammad Jamil pada penghakimannya memutuskan hukuman penjara 18 tahun kepada tertuduh atas kesalahan menyebabkan kematian rakan wanitanya dan 20 tahun atas kesalahan sama terhadap warga emas itu.
Tertuduh diwakili peguam Ramesh Vasan, Mariammah dan Anita Vijay.
Raffi Bachik
Sun Apr 16 2017
Penyelia kilang V.Siva, 35, keluar dari Mahkamah Tinggi Muar hari ini, selepas dijatuhi hukuman penjara 38 tahun susulan mengaku bersalah atas dua pertuduhan membunuh dua wanita berusia 87 dan 34 tahun pada 2013 dan tahun lalu. - Foto Bernama
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
Bunuh nenek: Penganggur terselamat daripada tali gantung
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Has Zanah Mehat sebulat suara mendapati rayuan Maslizan Muhamad, 42, mempunyai merit.
Lelaki bunuh nenek kerana 'simpati'
Laporan autopsi mengesahkan Leona dijerut dengan tuala.
Penyelia kilang dipenjara 38 tahun kerana bunuh nenek dan rakan
Penyelia kilang dipenjara 38 tahun oleh Mahkamah Tinggi Muar kerana sebabkan kematian tanpa niat nenek dan rakannya.
Cucu didakwa penggal nenek berdepan hukuman gantung
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.