awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelidik universiti tempatan bantu hasilkan cecair pembasmi kuman

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/03/2020
05:03 MYT
Penyelidik universiti tempatan bantu hasilkan cecair pembasmi kuman
Murali Prasad berkata cecair pembasmi kuman itu akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan termasuk wartawan dan pasukan keselamatan. -Astro AWANI
Sekumpulan penyelidik dari beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengambil insitiatif mengeluarkan cecair pembasmi kuman susulan kesukaran mencari bahan itu di pasaran selain harganya yang tinggi.
Kumpulan itu terdiri daripada penyelidik Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), kata pengarah program Global Innovation through Science and Technology initiative (GIST) kerajaan Amerika Syarikat di Malaysia, Murali Prasad Y. Vandayar.
Pada pengeluaran fasa pertama, katanya, cecair pembasmi kuman itu akan dipek dalam botol 100 mililiter dan diagihkan kepada petugas barisan hadapan, termasuk wartawan dan pasukan keselamatan.
“Komposisi dalam cecair ini dihasilkan menggunakan etanol, hidrogen peroksida dan gliserol mengikut piawaian dan formulasi yang dikeluarkan oleh World Health Organisation (WHO).
“Memandangkan sumber bahan sangat terhad, kami hanya mampu untuk menghasilkan kira-kira 150 liter sehari pada masa ini, dan saya yakin jumlah itu dapat dipertingkatkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, pada Khamis.
Pada masa sama, Murali Prasad memberitahu kumpulan itu juga sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), universiti-universiti tempatan dan pengedar bekalan etanol untuk membantu menghasilkan lebih banyak cecair pembasmi kuman itu.
Menurutnya, ekoran Perintahan Kawalan Pergerakan yang diumumkan baru-baru ini, kumpulan penyelidik itu berdepan kekangan pergerakan untuk terus melakukan penyelidikan.
“Justeru, saya memohon jasa baik KKM untuk memberi pengecualian dan membenarkan kumpulan ini sama-sama membantu kerajaan dalam usaha murni itu,” katanya.
Wabak COVID-19 di Malaysia setakat tengah hari ini merekodkan 21 kematian dengan 1,796 kes keseluruhan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#Murali Prasad Y Vandayar
#UM
#universiti malaya
#universiti utara malaysia
#UUM
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan