Tutup

Penyokong Harimau Malaya disaran guna LRT, MRT Selasa ini

Penyokong Harimau Malaya disaran guna LRT, MRT Selasa ini
Stesen LRT Bukit Jalil akan dibuka sehingga 1 pagi untuk membenarkan para penumpang memasuki stesen dan meneruskan perjalanan mereka ke stesen-stesen LRT dan MRT yang lain.
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mahu menyaksikan saingan pusingan pertama final Piala AFF Suzuki antara pasukan Malaysia dan Vietnam di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil Selasa ini disaran menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT. 

Rapid KL dalam satu kenyataan berkata langkah itu bagi memudahkan perjalanan dengan lebih selesa dan selamat.
"Untuk kemudahan dan keselesaan para peminat, mereka disarankan untuk menggunakan fasiliti ‘park n ride’ yang tersedia di stesen-stesen MRT dan LRT khususnya yang terdapat di sepanjang Laluan LRT Sri Petaling terutamanya di Putra Heights, Muhibbah, Awan Besar, Kinrara BK5, IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, dan Kompleks Parkir Bertingkat Bandar Tasik Selatan."

Stesen LRT Bukit Jalil akan dibuka sehingga 1 pagi untuk membenarkan para penumpang memasuki stesen dan meneruskan perjalanan mereka ke stesen-stesen LRT dan MRT yang lain.
“Rapid Rail, pengendali operasi perkhidmatan LRT dan MRT untuk Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), bersetuju dan menyokong penuh permohonan lanjutan tempoh operasi perkhidmatan sistem LRT Laluan Sri Petaling/ Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, dan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang ke pukul 1 pagi pada 11 Disember 2018," menurut kenyataan itu. 

Malaysia layak ke perlawanan akhir selepas mengejutkan juara bertahan Thailand dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 2-2 secara agregat.


Tag: webelangtogether, bolasepak, malaysia, rapidkl, lrt, mrt, AFF2018


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.