awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak bakal lantik Datuk Bandar Ipoh baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
20/04/2019
10:38 MYT
Perak bakal lantik Datuk Bandar Ipoh baharu
Zamri (gambar) dikatakan mengalami masalah kesihatan, namun sepanjang tempoh ini tidak mengemukakan sebarang cuti sakit, kata Yong. - Gambar fail
Kerajaan Perak akan membuat lantikan Datuk Bandar Ipoh yang baharu bagi menggantikan Datuk Zamri Man yang dilaporkan tidak hadir bertugas sejak beberapa bulan lalu.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Paul Yong Choo Kiong berkata, proses lantikan itu akan dibuat dalam masa terdekat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
"Proses lantikan sedang diusahakan memandangkan kita sudahpun mempunyai calon. Kita juga akan membuat pengumuman mengenai perkara ini secepat mungkin.
"Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2019 di Ipoh Parade, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan Zamri mengalami masalah kesihatan, namun sepanjang tempoh ini tidak mengemukakan sebarang cuti sakit.
"Beliau tidak memberi sebarang surat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kepada saya yang mengatakan dia sakit. Beliau hanya menyerahkan cuti sakit dua bulan sebelum (kehilangan).
"Saya sendiri juga sudah cuba untuk melawat di rumahnya, tetapi tidak dapat menemui beliau," kata Yong.
Keadaannya itu menurutnya, boleh disifatkan sebagai 'hilang'.
Katanya, mengikut undang-undang, seorang Datuk Bandar layak mengambil cuti sakit selama 90 hari.
Topic Berkaitan
#calon
#cuti sakit
#Datuk Bandar
#Exco
#hilang
#Ipoh
#kerajaan negeri
#masalah kesihatan
#Paul Yong Choo Kiong
#Perak
#tidak hadir bertugas
#undang-undang
#Zamri Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan