Kerajaan negeri Perak akan memberi sumbangan khas sebanyak RM25,000 kepada Nour Shafinar Harun, balu Mejar Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia ketika membuat satu demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah, Rabu lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meluluskan peruntukan berkenaan hari ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham Mohd Zahir dalam mempertahankan kedaulatan negara.
"Biarpun sumbangan ini tidak dapat dibandingkan dengan kepiluan dan kesedihan yang sedang dilalui oleh Nour Shafinar, ia diharap sedikit-sebanyak membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham.
"Kerajaan negeri mendoakan semoga Nour Shafinar terus dikurniakan ketabahan dalam menghadapi saat-saat yang amat sukar itu," kata Ahmad Faizal dalam satu kenyataan hari ini.
Pada tengah hari Rabu juga, Nour Shafinar turut menerima kunjungan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ke kediaman keluarganya.
Tuanku Zara yang tiba pada jam 12.30 tengah hari berkenan meluangkan masa hampir 30 minit bertanya khabar keadaan Nour Shafinar dan keluarganya
Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri juga bersedia menghulurkan bantuan susulan bagi mengurangkan bebanan isteri Allahyarham dalam membesarkan anak-anak.
Allahyarham Mohd Zahir merupakan anak kepada seniman terkenal, AR Badul meninggal dunia selepas terkena tembakan dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi pada 4 September lalu.
Mohd Zahir, 36, yang merupakan pegawai komando daripada Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas meninggalkan seorang isteri serta lima anak berumur lima bulan hingga sembilan tahun. - BERNAMA
BACA: "Arwah tidak tahu saya hamil" - balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir
Bernama
Wed Sep 11 2019
Tuanku Zara Salim (kiri) berkenan menyampaikan sumbangan kepada Nour Shafinar Harun ketika berangkat menziarahi balu Mejar Mohd Zahir Armaya di kediamannya di Taman Perpaduan hari ini. - Gambar BERNAMA
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
Inkues: Balu Mejar Mohd Zahir akan reda terima keputusan
Balu Allahyarham Mej Mohd Zahir Armaya reda terima sebarang keputusan inkues, sekiranya ia dijalankan Lembaga Siasatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung kematian arwah suaminya
Tiada pemberian status warganegara kepada pembeli rumah program MM2H - Wan Azizah
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan hanya bercadang menawarkan visa selama 10 tahun kepada bakal pembeli mengikut syarat tertentu.
Perak sumbang RM25,000 kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Kerajaan negeri Perak akan memberi sumbangan khas sebanyak RM25,000 kepada Nour Shafinar Harun, balu Mej Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia ketika membuat satu demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
"Arwah tidak tahu saya hamil" - balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir
Nour Shafinar Harun berasa sangat sedih dan hiba kerana suaminya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak sempat mengetahui berita yang dia sedang hamil.
Polis siasat kematian Mejar Mohd Zahir disebabkan kecuaian
Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian.
Jenazah Mejar Mohd Zahir selamat dikebumikan
Allahyarham, 36 tahun, pegawai komando dari pasukan 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, meninggal dunia akibat terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
MB Perak zahir ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menyifatkan Allahyarham, juga anak pelakon veteran AR Badul, sebagai seorang yang berani dan merupakan wira negara.
Penghormatan terakhir dan solat jenazah buat Allahyarham Mohd Zahir
Jenazah Allahyarham Mohd Zahir yang selesai disolatkan pada 2.43 pagi itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, untuk dikebumikan selepas solat subuh.
Kerajaan Sabah ucap takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Kerajaan Sabah merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang terkorban dalam insiden di Kem Lok Kawi, pada Rabu.
Rakan Mohd Zahir, disiasat polis
Susulan itu, anggota tentera berusia 37 tahun yang melepaskan tembakan itu ditahan untuk tindakan lanjut berhubung insiden yang berlaku pagi ini.