Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan peranan media dan kewartawanan yang bertanggungjawab dan beretika sangat penting dalam membangunkan masyarakat bermaklumat, sebagaimana dirancang dalam pelan tindakan Dasar Komunikasi Negara.
Perdana Menteri berkata pelan tindakan berkenaan sedang digubal oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Katanya ketika ini negara berada dalam era ''post-truth'' atau pasca kebenaran, dengan kehadiran berita-berita palsu terutamanya dalam pelbagai platform media sosial yang besar pengikutnya, kini sudah menjadi lumrah.
"Apa lebih menyedihkan, khalayak yang terdedah kepada berita-berita palsu yang tidak bersandarkan kepada fakta itu menerima bulat-bulat apa disogokkan kepada mereka.
"Mereka tidak dapat membezakan antara intan dan kaca. Emosi khalayak menewaskan kewarasan mereka. Kita tahu kesahihan maklumat yang disebar menerusi media sosial boleh diragui, kita tahu blog, Facebook dan laman portal media sosial tidak terikat dengan etika media konvensional.
"Jika tidak dibendung dan dikawal, fenomena berita palsu akan mengancam keselamatan negara daripada pelbagai sudut. Berita palsu juga akan melahirkan sejarah palsu, kita tidak dapat membezakan antara yang benar dan batil," katanya ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2017 (MWN 2017) anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas, di sini, malam tadi.
Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut hadir pada perhimpunan terbesar komuniti kewartawanan Malaysia itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Pengerusi Bersama MWM 2017 yang juga Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad Datuk Mustapa Omar, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya, Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang, Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab serta ketua-ketua pengarang media utama di negara ini.
Perdana Menteri berkata media mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan kepada umum apa itu fakta dan sebaran fitnah.
Katanya kerajaan memandang serius kewujudan berleluasa berita palsu itu sehingga mendorong kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia mewujudkan laman web "sebenarnya.my " yang boleh diakses oleh semua pihak untuk menentusahkan sama ada sesuatu berita ditularkan palsu atau sebaliknya. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima cenderahati daripada Pengerusi Bersama Malam Wartawan Malaysia 2017, Datuk Dr Chamil Wariya pada majlis anugerah kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2016 malam tadi. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
Guna nama Kementerian Komunikasi untuk memperdaya
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Peranan media dan kewartawanan penting bangunkan masyarakat bermaklumat - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan peranan media dan kewartawanan yang bertanggungjawab dan beretika sangat penting dalam membangunkan masyarakat bermaklumat.