DALAM usaha membendung wabak COVID-19 dari merebak di India, pihak kerajaan di sana membatalkan semua penerbangan dari luar negara ke negara itu termasuklah penerbangan dari Malaysia.
Keputusan itu menyebabkan lebih satu ribu rakyat negara ini yang berketurunan India dikenalpasti terkandas di Lapangan Terbang Delhi, Bombay, Trichi, Chennai dan Viasakhapattinam.
Antara yang terkandas di India dilaporkan adalah 450 orang di Chennai, Trichy (430), New Delhi (97), Bangalore (63), Mumbai (24).
MIC selaku parti politik tunggal yang mewakili kaum India negara ini, lebih-lebih lagi presidennya yang baharu dan amat prihatin terhadap kebajikan kaum India tampil ke hadapan dengan jawatankuasa tertinggi untuk menyediakan bantuan perkhidmatan penerangan bagi warga yang terkandas untuk pulang ke Malaysia.
BACA: Rakyat Malaysia terkandas di India akan dibawa pulang menaiki pesawat khas - Saravanan
MIC juga sedia membelanjakan hampir RM1.05 juta untuk menyediakan perkhidmatan penerangan khas bagi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana pada saat yang genting ini.
Pada masa yang sama, kerajaan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sedia membantu melalui Kementerian Luar Negeri untuk mengadakan perbincangan dan kelulusan daripada pihak kerajaan India bagi memudahkan perjalanan pulang warga India yang terkandas di sana.
Perintah Kawalan Pergerakan
Seperti semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan di Malaysia bagi tempoh 18 sehingga 31 Mac 2020.
Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan untuk membendung wabak COVID-19 agar tidak merebak dengan luas di kalangan rakyat Malaysia.
Meskipun COVID-19 dilapor tercetus pada awalnya di Wuhan, China, penyakit tersebut telah merebak ke lebih 141 negara.
Negara-negara yang dilaporkan mencatat kes terbanyak COVID-19 setakat ini adalah di China (81,264), Itali (41,035), Sepanyol (17,963), Iran (18,407) dan Amerika Syarikat (13,690).
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat ini hampir 242,830 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, seramai 9,857 pesakit meninggal dunia.
Dalam pada itu, sehingga 20 Mac sahaja, lebih 1,000 kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia.
Daripada jumlah kes yang dilaporkan, sehingga 21 Mac, tiga orang yang dijangkiti COVID-19 meninggal dunia.
Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Dengan penguatkuasaan Akta ini, rakyat tidak digalakkan bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan bebas dan diminta tidak keluar dari rumah.
Mereka diminta duduk di rumah masing-masing dengan mengamalkan prosedur-prosedur kesihatan yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu mencegah penularan COVID-19.
Akta tersebut, khususnya Perkara 10 (1,14,15(1)dan 15 (2)) memberi kuasa kepada kerajaan untuk bukan sahaja mendirikan stesen-stesen kuarantin malah menahan dalam kuarantin bagi sesuatu tempoh yang difikirkan sesuai untuk mencegah jangkitan penyakit yang boleh berjangkit.
Pada masa yang sama, pihak polis juga diberi kuasa untuk membantu mengawal pergerakan orang ramai berdasarkan Akta Polis 1967.
Apapun, undang-undang yang dikuatkuasakan untuk mencegah penyakit berjangkit seperti COVID-19 tidak akan tercapai matlamatnya tanpa sokongan padu rakyat sendiri.
Dalam hubungan ini, rakyat sewajarnya memberi sokongan kepada perintah kawalan pergerakan demi kejayaan usaha kerajaan membendung wabak ini yang boleh mendatangkan maut.
Peranan media sosial
Meskipun media cetak dan elektronik milik kerajaan dan swasta memberi pendidikan kepada rakyat dalam mencegah dan membendung wabak COVID-19, media sosial mampu memainkan peranan penting malah mendahului dalam menyampai serta mempengaruhi pemikiran rakyat supaya bersama kerajaan membendung COVID-19 daripada merebak.
Menurut kajian Laporan Digital 2018, jumlah pengguna internet di negara ini melebihi 26 juta yang mewakili 79 peratus penduduk.
Daripada jumlah berkenaan, 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial.
Malah, jumlah tersebut menjadikan Malaysia sebagai negara kesembilan di dunia paling aktif di laman sosial.
Sehubungan itu, warganet atau netizen di negara ini, boleh membantu kerajaan sekali gus rakyat dalam menyebar maklumat mengenai kepentingan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan.
Malahan, mereka juga boleh mempengaruhi minda rakyat untuk mengamalkan prosedur yang wajar diamalkan oleh semua orang dalam membendung COVID-19.
Sekiranya sokongan dan kerjasama rakyat China dalam membantu kerajaan mereka dalam menyekat dan membendung penularan COVID-19 berjaya dalam masa yang singkat, rakyat negara ini juga mampu melakukan perkara sama.
Rakyat negara ini boleh mencontohi semangat dan perpaduan rakyat China di Wuhan dalam membendung penularan COVID-19.
Netizen mampu menerapkan dalam minda rakyat supaya duduk di rumah seperti yang disarankan Perdana Menteri dalam mencegah COVID-19 kerana ia boleh memutuskan rangkaian jangkitan penyakit.
Antara langkah yang paling berkesan untuk mencegah penularan COVID-19 adalah mengelakkan sentuhan antara seorang dengan seorang yang lain.
Perintah Kawalan Pergerakan akan memutuskan rangkaian sosial yang mampu membendung penularan COVID-19.
Memandangkan sehingga kini, tidak ada penawar untuk penyakit yang berbahaya ini, malah kemudahan untuk mengubati juga masih tidak mencukupi, maka rakyat wajar sedar, bersatu dan bertekad untuk mencegah COVID-19 daripada dijangkiti.
Hanya kerjasama rakyat untuk menepati Perintah Kawalan Pergerakan dapat menyelamatkan semua daripada menjadi mangsa COVID-19.
Jom bersatu mencegah COVID-19 di negara ini.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Sat Mar 21 2020
Hanya kerjasama rakyat untuk menepati Perintah Kawalan Pergerakan dapat menyelamatkan semua daripada menjadi mangsa COVID-19. - Gambar fail
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.