Pasukan siasatan diketuai Perancis sudah menyelesaikan pemeriksaan fasa pertama ke atas flaperon pesawat MH370.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) berkata pihak berkuasa Perancis akan melaporkan mengenai perkembangan siasatan itu dalam masa terdekat selepas berbincang dengan Malaysia.
"Pasukan siasatan Perancis bekerja secepat mungkin untuk menyediakan maklumat yang lengkap dan boleh dipercayai," kata JACC dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
JACC juga berkata para pegawai dari Australia, Malaysia dan China dijangka bermesyuarat di Canberra pada awal September ini.
"Mesyuarat itu akan membolehkan maklumat dikongsi bersama antara ketiga-tiga negara serta berbincang mengenai operasi pencarian.
"Mesyuarat itu akan memberi tumpuan kepada perancangan bagi memastikan misi mencari dijalankan secara efisien dengan mengambil kira jangkaan cuaca baik semasa bermulanya musim panas," kata kenyataan itu.
Pada 6 Ogos lepas, pakar-pakar antarabangsa mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis bulan lepas adalah milik Penerbangan MH370, yang menyokong kesimpulan sebelum ini bahawa pesawat MAS itu terhempas di selatan Lautan Hindi kira-kira 17 bulan lepas.
Sementara itu, kapal-kapal Fugro iaitu Discovery dan Equator, kini kembali menyertai misi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
"Kapal Fugro Discovery tiba pada 12 Ogos manakala Fugro Equator akan kembali selepas menjalankan rutin menghantar bekalan hari ini (19 Ogos).
"Kapal-kapal itu akan menjalankan operasi mencari sehingga pertengahan September," kata JACC.
Pada 16 Ogos lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata misi mengesan MH370 membabitkan Malaysia, Australia dan China akan diteruskan di dasar Lautan Hindi.
Misi itu antara lain akan mencari kotak hitam dan bangkai pesawat MH370.
Penerbangan MH370 itu hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac tahun lepas. Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Astro Awani
Wed Aug 19 2015
Flaperon dari pesawat MH370 yang ditemui di Pulau Reunion 29 Julai lalu. Foto AP
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.