Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pertikaian perdagangan yang bertukar menjadi perang dagangan telah menyebabkan ekonomi berada dalam huru-hara.

Menurut Dr Mahathir, perang dagangan antara Amerika Syarikat-China dilihat menunjukkan tanda-tanda semakin buruk.

“Malangnya, Malaysia tersekat di tengah-tengah.

“Ekonomi negara berkait dengan kedua-dua pasaran tersebut, dan secara fizikal Malaysia tersepit kerana lokasi geografi,” katanya.

Jelas Dr Mahathir, ketidaktentuan pasaran ekonomi mengakibatkan segelintir negara tidak mampu merancang pembangunan mereka.

Malah, tambah beliau, rakyat menjadi semakin miskin ekoran gangguan ekonomi, di mana perkara itu boleh membawa keada pemberontakan dan gangguan sosial.

Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18, di sini.