awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang mulut mengenai BR1M tidak perlu berpanjangan - KJ

Bernama
Bernama
15/01/2017
23:27 MYT
Perang mulut mengenai BR1M tidak perlu berpanjangan - KJ
KHAIRY: Pemberian BR1M terbukti satu polisi kerajaan yang baik, justeru 'perang mulut' mengenainya tidak perlu lagi berpanjangan. Gambar fail
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terbukti satu polisi kerajaan yang baik bagi rakyat, justeru 'perang mulut' mengenainya tidak perlu lagi berpanjangan, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Katanya, beliau bersyukur fakta berkenaan akhirnya turut diakui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini pernah dilapor melabelkannya sebagai rasuah.
"Akhirnya kita nampak BR1M dasar yang baik," katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Kewangan anjuran Bank Negara yang turut dihadiri Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim, di sini, pada Ahad.
Khairi yang juga Menteri Belia dan Sukan mengulas ucapan Dr Mahathir semalam yang dilapor memberi bayangan BR1M akan diteruskan jika pembangkang memenangi PRU-14.
Ditanya sekiranya Dr Mahathir boleh dilabelkan sebagai melakukan pusingan 'U' dengan kenyataan terbaharunya, Khairy enggan menjawab kerana ini menurutnya hanya akan menjadi satu polemik yang akhirnya mencemarkan BR1M sebagai satu dasar yang baik.
"Pendekatan (BRIM) ini sebenarnya diamalkan di banyak negara, malah ini adalah satu pendekatan yang dicadang Bank Negara sendiri.
"Bagi saya mewakili kerajaan, ini adalah satu polisi yang akan kita teruskan, kerana ini adalah polisi yang terbukti berjaya meringankan beban dan bantu rakyat untuk tampung kehidupan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BR1M
#Gabenor Bank Negara
#Khairy Jamaluddin
#PRU-14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan